Pelancongan Sungai atau River Tourism dan 15 sungai terbaik dunia.

 

Kuala Terengganu River Cruise oleh Payang Water Taxi, Cas Ligas.

River Tourism atau Pelancongan Sungai adalah sesuatu yang masih baru di negara kita Malaysia walaupun pengangkutan sungai ini adalah sinonim dengan kehidupan kita dalam ketamadunan Melayu sejak zaman berzaman.

Bot Penambang Kuala Terengganu- Seberang Takir


Namun dengan arus kemodenan sekarang, ia semakin dipinggirkan atau terpinggir dengan kemajuan pengangkutan darat dan udara yang semakin efisien.


Sungai Danube di Eropah


Pelancongan sungai ini adalah kembara atau melancong dengan menggunakan bot atau feri. Banyak yang dapat dinikmati samada alam semulajadi, hidupan liar, budaya, warisan, gastronomi dan macam macam lagi.

Di Malaysia antara sungai yang menarik adalah Kuala Terengganu, Sungai Kinabatangan, Sungai Rejang, Melaka, dan banyak lagi yang masih belum popular dan dipopularkan.

Jika di Eropah ada disediakan perkhidmatan sewaan bot dan melancong dengan menginap di atas bot.

Percutian sungai atau River Vacation amat popular di Eropah iaitu di Perancis, Itali, Belgium , Belanda, Jerman, Repulik Chech, Ireland, Sepanyol dan banyak negara lagi.

Ia juga turut popular di beberapa negara Asia seperti India, Nepal, Pakistan, Thailand, Myanmar malah Indonesia.

Sungai Amazon, Amerika Selatan


Berikut adalah 15 Sungai didunia yang terbaik bagi Pelancongan Sungai iaitu:

  1. Sungai Amazon- Amerika Selatan
  2. Sungai Zambezi- Afrika
  3. Rio Cahabon- Guatemala
  4. Sepik River- Papua New Guninea/ Indonesia
  5. Danube and Rhine- Eropah
  6. Sungai Irrawady- Myanmar
  7. Kenai River- USA
  8. Sungai Ganges- India
  9. Rio Futaleufu'- Argentina/Chile
  10. Nile- Afrika
  11. Cano Cristales- Colombia
  12. Colorado River- USA
  13. Loire- Perancis
  14. Li River- China
  15. Volga River- Russia


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog