Posts

Showing posts from 2024

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Image
  𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐂𝐀𝐙 𝐌𝐈𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 Total dissolved solids (TDS) = 268mg/L -Lebih tinggi TDS bermakna lebih banyak mineral. -Lebih banyak mineral akan memberi kesan less hydrate. -Kandungan TDS yg tinggi sesuai utk para hikers (pendaki) berbanding sekadar minum drinking water (RO) yg tiada kandungan mineral. Menggantikan dan menambah mineral yg hilang waktu aktif bersukan, hiking, running dll. . . Recaz Mineral Water ada kelebihan 𝐦𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐜𝐚 sebanyak 50.0 mg/L. -kegunaan mineral silica adalah utk membuang toksik aluminium didalam badan dan otak. Recaz Mineral Water juga dapat mengurangkan risiko alzheimer. Berapa TDS yang layak untuk diminum? 50-150: Sangat baik untuk diminum. 150-250: Baik untuk diminum. 250-300: Cukup baik untuk diminum. 300-500: Buruk atau tidak baik untuk diminum. Di atas angka 1200: Sangat tidak layak untuk diminum atau membahayakan. Kalau kurang TDS pun tak salah cuma bila kita perlukan mineral utk tubuh badan, pilihlah ...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Image
  Pagi Jumaat hari ni 1 Nov 2024, selepas subuh menerima jemputan Timbalan Pengerusi Surau Al Faizeen Abang Joe bagi majlis tahnik atau orang tua panggil belah mulut cucu beliau yang ke 5 di Kg Tasik, Setiu. Majlis tahnik ini adalah satu sunnah Nabi SAW bersama Tasmiah dan beri.makan pada bayi. Di majlis ini juga berkesempatan mendengar tazkirah ringkas daripada Al Fadhil Ustaz Dr Sudirman , pensyarah UCB berkaitan Majlis tahnik ini iaitu pencerahan di antara ibadah dan adat. Sunnah bagi setiap kelahiran adalah memberi nama atau tasmiah, tahnik memberi makan serta mencukur rambut bayi dan afdhalnya pada hari ke 7. Kemudian rambut bayi tersebut ditimbang dan disedeqahkan berdasarkan berat dengan harga emas atau perak jika mampu atau sekadarnya. Juga sunnah diadakan aqiqah kepada bayi tersebut. Yang menjadi adat adalah memanggil jiran jiran serta sahabat handai dan dijamu makan. Juga menjadi adat pada kita menjemput atau pergi kepada tokoh tokoh agama atau tuan guru untuk bertahnik d...

Maxim E-hailing Memperkenalkan Kemudahan Baharu Untuk Perkhidmatan Penghantaran

Image
  Perkhidmatan penghantaran mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna, bermula dari barangan kecil hingga barangan yang besar. Kadangkala sesetengah barangan tidaklah terlalu besar dan ianya dalam kategori barangan kecil dan ringan. Oleh yang demikian, Maxim E-hailing telah memperkenalkan kemudahan baharu kepada perkhidmatan penghantaran iaitu kereta pacuan roda 4x4. Jenis penghantaran ini akan menjadikan pengguna lebih mudah untuk menghantar barang yang ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Barangan ringan contoh peralatan pejabat seperti kerusi atau meja, di mana jenis barang tersebut tidak termasuk dalam kategori barang besar atau kargo. Bagi menampung keperluan yang semakin meningkat untuk jenis penghantaran ringan oleh pengguna di Terengganu, inovasi dan pemikiran ke hadapan Maxim E-hailing telah memberi kesan positif kepada pemilik perniagaan kecil atau PKS. Biasanya, PKS dan pemilik perniagaan kecil yang lain akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan pe...

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Image
  Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.

Kisah hidup Salman Al Farisi, sahabat Nabi Saw, penuh keinsafan dan tauladan

Image
  Salman al Farisi : Kisah Pengembaraan hidayah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah ibnu Abbas ra, berkata: Salman memberitahuku dari mulutnya dia berkata: Aku merupakan seorang pemuda Parsi berasal dari Asfahan. Kampungku bernama Jayy. Ayahku adalah ketua kampung. Dia adalah seorang yang paling kaya dan paling berkedudukan di kampung tersebut. Sejak kecil lagi aku adalah makhluk Allah yang paling dicintai ayah. Kasihnya kepadaku semakin hari semakin teguh dan subur. Hinggakan aku dikurung di rumah sebagaimana anak dara kerana bimbang keselamatanku. Aku tekun dan taat dengan agama Majusi. Sehingga aku dilantik menjaga api yang kami sembah. Aku ditugaskan meletakkan minyak padanya sehingga ia tidak pernah padam, sama ada siang mahupun malam. Ayahku mempunyai sebidang tanah ladang yang menghasikan hasil yang banyak buat kami sekeluarga. Ayah sendiri yang menguruskan dan menuai hasil ladangnya itu. Suatu hari dia disibukkan dengan binaannya hingga tidak sempat pergi ke ladangnya. D...

Roti Payang Nurul Islamiah, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, kedai lejeng ni

Image
Menu petang ni port lepak petang petang kosong hari ni, pakat balik awal belake. Puasang ni kita gi cari Roti Payang lejeng di Jalan Kamarudin iaitu Restoran Nurul Islamiah. Ambe kecik kecik ye jual dah. Kita tua nak masuk 5 siries ia masih teguh bertahan. Roti payang kuah daging cincang dok pun kari kambing atau ayam. Mang sedap dan lejeng. Dan ambe perati pelanggan utama dia set otai otai belake yang menjadi pelanggan setia sejak dulu. Dulu tak banyak kedai jual roti payang. Leni banyak dah pilihan seperti dekat Bsn, kuala ibai, batu 6, kat Ali spice dan banyak lagi. Tapi kedai lejeng tetap dalam kelasnya tersendiri. Ia penuh nostalgia dan memori yang membuatkan kita rasa seronok dan kembali ke zaman silam.dan kecil. Selain roti payang, Nasi beriani dia juga lejeng dan payah nak cari hok pesen serupa dia.Le ni macam macam pesen nasi beriani. Ambe pun lama dah dok makan nasi beriani dia. Lokasi dia berhadapan dengan showroom Cherry jalan kamarudin. Kedai bira jalan. Boleh google atau...

Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

Image
  Kuala Terengganu - Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Kuala Terengganu   mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman.   Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik.   Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sah...

Enjin carian yang hebat yang 'disembunyikan' Google

Image
  Google begitu kuat sehingga ia selalu “menyembunyikan” sistem pencarian lain dari kita. Kita hanya tidak tahu keberadaan sebagian besar dari mereka. Sementara itu, masih ada banyak pencari yang luar biasa di dunia yang mengkhususkan diri dalam buku, ilmu pengetahuan, dan informasi cerdas lainnya. Simpan daftar situs yang belum pernah Anda dengar. www.refseek.com - pencarian sumber akademik. Lebih dari satu milyar sumber: ensiklopedia, monograf, majalah. www.worldcat.org - pencarian isi 20 ribu perpustakaan di seluruh dunia. Temukan di mana letak buku langka terdekat yang Anda butuhkan. https://link.springer.com - akses ke lebih dari 10 juta dokumen ilmiah: buku, artikel, protokol penelitian. www.bioline.org.br - adalah perpustakaan jurnal bio-sains ilmiah yang diterbitkan di negara-negara berkembang. http://repec.org - sukarelawan dari 102 negara telah mengumpulkan hampir 4 juta publikasi tentang ekonomi dan ilmu terkait. www.science.gov - adalah mesin pencari negara Amerik...

Pengunjung blog