Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

 


Pagi Jumaat hari ni 1 Nov 2024, selepas subuh menerima jemputan Timbalan Pengerusi Surau Al Faizeen Abang Joe bagi majlis tahnik atau orang tua panggil belah mulut cucu beliau yang ke 5 di Kg Tasik, Setiu.

Majlis tahnik ini adalah satu sunnah Nabi SAW bersama Tasmiah dan beri.makan pada bayi.

Di majlis ini juga berkesempatan mendengar tazkirah ringkas daripada Al Fadhil Ustaz Dr Sudirman , pensyarah UCB berkaitan Majlis tahnik ini iaitu pencerahan di antara ibadah dan adat.

Sunnah bagi setiap kelahiran adalah memberi nama atau tasmiah, tahnik memberi makan serta mencukur rambut bayi dan afdhalnya pada hari ke 7. Kemudian rambut bayi tersebut ditimbang dan disedeqahkan berdasarkan berat dengan harga emas atau perak jika mampu atau sekadarnya.

Juga sunnah diadakan aqiqah kepada bayi tersebut.

Yang menjadi adat adalah memanggil jiran jiran serta sahabat handai dan dijamu makan.

Juga menjadi adat pada kita menjemput atau pergi kepada tokoh tokoh agama atau tuan guru untuk bertahnik dengan harapan mendapat keberkatan.

Bagi yang berkesempatan boleh sahaja dibuat oleh bapa bayi sendiri tanpa majlis.

Majlis diakhiri dengan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Saw.

Apabila kita faham dan tahu tentang tentang mana ibadah dan adat ia akan memudahkan kita untuk mengutamakan mana yang sepatutnya agar ibadah kita diterima Allah swt dan mengelakkan jika ada adat adat yang bertentangan dengan syariat.

Islam itu indah

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog