Fakta menarik tentang Jerung Greenland.. antara haiwan hidup paling lama di atas muka bumi ini.

 


Jerung Greenland, antara haiwan purba yang masih hidup
  • Salah satu haiwan tertua di planet ini iaitu jerung Greenland (Somniosus microcephalu) berusia 393 tahun mendiami Lautan Artik sejak tahun 1627.

  • Ia juga dikenali sebagai Gurvy Shark atau Grey Shark. Ia adalah jerung terbesar dalam keluarga Sleeper Shark (somniosidae)




  • Ia adalah spesis 'apex predator' iaitu pemburu utama dan memakan ikan lain serta dilihat aktif memburu anjing laut di Kanada.

  • Kebanyakan habitatnya dijumpai di Lautan Atlantik Utara dan lautan Artik yang sejuk. Dan Ia juga mampu hidup dalam suhu sejuk yang ekstrem iaitu dibawah -1C hingga -10C dan tiada masalah untuk berada sepanjang masa pada cuaca tersebut.

  • Apa yang lebih menarik, jerung ini mampu menyelam sehingga kedalaman 2,200m atau lebih 7,200 kaki ke dasar laut. Ia adalah master diver bagi hidupan laut.

  • Para penyelidik meneliti berdasarkan ujian radiokarbon terhadap 28 ekor haiwan itu dan menemui seekor jerung Greenland betina berusia kira-kira 400 tahun. Dan ia juga adalah haiwan yang paling inveterbrata yang paling panjang usianya iaitu di antara 250 hingga 500 tahun dan purata jerung ini berusia 400 tahun.

  • Penyelidik menemui jerung itu membesar 1 cm setiap tahun dan mencapai kematangan seksual ketika berusia 150 tahun.




  • Di Iceland ia menjadi hidangan yang enak dan dikenali sebagai 'kaestur hakarl' daging ikan yang diperam dan dikeringkan selama 4 hingga 5 bulan sebelum di makan dan baunya agak kuat.
  • Sebenarnya daging jerung ini beracun dan mempunyai toksin yang tinggi bersesuaian dengan kehidupannya.
  • Jerung ini hampir terancam kepupusan disebabkan penangkapan ikan yang berlebihan.

  • Apa yang menarik spesis barjaya dirakam videonya pada 1995 dan tidak pernah dirakam sebelum ini serta agak sukar .
sumber FB Astronomi dan Sains

Comments

Fresh said…
Thank you for creating a space where curiosity is celebrated and knowledge is shared.

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog