Posts

Showing posts from June, 2024

Jawatan Kosong di Smart IQ Kuala Terengganu

Image
  JAWATAN KOSONG:  TIKETING DAN TEMPAHAN Agensi Pelancongan (Lokasi: Bandar Kuala Terengganu) *KUALIFIKASI 😗 ✅ LELAKI / WANITA (20 ~ 30 tahun) ✅ LATARBELAKANG PENGURUSAN PELANCONGAN ✅ MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN ✅ MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER & LAMAN SESAWANG ✅ MEMPUNYAI KENDERAAN SENDIRI  ✅ PERSONALITI MENARIK ✅ BOLEH BEKERJA SEPENUH MASA DI PEJABAT  ✅ BOLEH BEKERJA DALAM KUMPULAN ✅ BOLEH MENDENGAR DAN MENGIKUT ARAHAN DENGAN BAIK Jika anda orang kami cari: * Boleh hantar Resume/ CV dalam format PDF kpd www.wasap.my/+60192347966

Nasi Lemak Bunian di Pulau Warisan.. rambang mata dengan pelbagai pilihan lauk

Image
  sebaik habis program sembang pelancongan di Kompleks Nurzahirah tadi rasa lapar. Rasa nak mari cuba Nasi Lemak Bunian di Pulau Warisan. Nak tengok bunian mana hok mari jual... comel ke dok.. Sampai sini rambang mata.. Macam macam lauk ada, sambal kerang, sotong , telur puyuh, paru, ayam goreng, kerang rendang dan banyak lagi. Hok spesel Nasi Lemak dia, bunian boh telur goreng wat balut nasi.. Suasana pulak ngadap Pulau Duyung memang terbaik aah.. Angin sempoi sempoi berbahasa... Dekat je dengan Jeti Payang Water Taxi Boleh pakat mari rasa... jaddi. #nasilemakbunian #pulauwarisan #makanterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia

Kuala Terengganu Drawbridge di waktu Petang.. comel

Image
  Pemandangan Jambatan Angkat Kuala Terengganu petang ni memang cantik dan memukau jika nak suasana ni boleh nikmatinya dengan Payang Water Taxi di jeti Pulau Warisan #payangwatertaxi #BeautifulTerengganuMalaysia #ktdrawbridge

Program Sembang Pelancongan di Kompleks Sultanah Nur Zahirah sambil menyusuri Sungai Terengganu

Image
  Program hari ini Sembang sembang Pelancongan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) dengan kerjasama Komplek Sultanah Nur Zahirah Yayasan Di Raja Sultan Mizan di Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu. Peserta dan rombongan kita bawa melalui bot Payang Water Taxi oleh Cas Ligas dengan pemandangan yang menarik di sepanjang sungai Terengganu. Kompleks ini adalah galeri tenunan dan songket yang turut melibatkan pengusaha tradisional orang Terengganu. Ia bukan sahaja di pamer malah turut dijual kepada pengunjung. Tempat ini dijaga dengan cukup baik dan menarik bagi kita mengenali lebih lanjut seni tenunan dan singket Terengganu. Para peserta kali amat luar biasa, bukan sahaja pemain industri pelancongan tempatan malah turut sama dari Indonesia, Thailand serta Kemboja yang pada masa yang sama mengiringi peserta Edu Tourism yang di adakan di UMT. Ia satu pendedahan produk yang menarik dan mampu menggamit pengunjung dan pelancong ke kompleka ini. Untuk sampai ke sini bo...

Menjelang Hari Menderma Darah, Maxim E-hailing Mengadakan Derma Darah Bersama Pemandu Dan Pekerja di Terengganu

Image
  Hari Menderma Darah Sedunia ialah sambutan menderma darah. Ia adalah bagi menghargai penderma darah yang sukarela menderma darah mereka dan menyelamatkan nyawa. Usaha ini amatlah mulia di mana penderma membantu untuk menyelamtakan nyawa orang lain, tanpa mengetahui siapa penerimanya nanti. Sempena program ini, Maxim E-hailing mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Jabatan Pertahanan Awam Kuala Terenggganu yang diadakan di salah satu pusat membeli belah di Kawasan Gong Badak. Lebih daripada 25 rakan pemandu menyumbang semasa program dilaksanakan, bersama-sama pasukan pekerja dari Maxim Kuala Terengganu. Setiap daripada mereka berjaya menderma satu hingga dua beg darah, dan jumlah beg darah bergantung kepada keadaan kesihatan dan cadangan pegawai kesihatan. Maxim E-hailing menyasarkan matlamat untuk berkongsi kesedaran tentang pendermaan darah dengan rakan kongsi pemandu, dan membantu mereka memahami faedah menjadi penderma. Tujuan utama adalah untuk mempunyai ...

Penemuan Fosil Ikan Paus Purba di Wadi Al Hitan Mesir

Image
  Keajaiban Fosil Paus di Wadi Al-Hitan, Mesir SubhanAllah, betapa menakjubkan ciptaan Allah yang dapat kita saksikan melalui penemuan fosil-fosil purba. Salah satu penemuan yang luar biasa adalah fosil rangka paus berusia 37 juta tahun yang ditemui di Wadi Al-Hitan, Mesir. Wadi Al-Hitan, atau "Lembah Paus," adalah tapak arkeologi yang terletak di padang pasir Mesir dan diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO. Fakta Mengenai Penemuan Fosil Paus 1. Usia Fosil: Fosil ini dianggarkan berusia 37 juta tahun, memberikan kita pandangan unik tentang kehidupan laut purba. 2. Panjang Fosil: Rangka paus ini mempunyai panjang lebih daripada 65 kaki, menunjukkan betapa besarnya makhluk ini ketika masih hidup. 3. Lokasi Penemuan: Fosil ini ditemui di Wadi Al-Hitan, sebuah lembah di Gurun Barat Mesir yang terkenal dengan kepelbagaian fosil lautnya. Kenapa Fosil Paus di Padang Pasir? Satu soalan yang sering timbul adalah, bagaimana fosil paus boleh ditemui di padang pasir? Jawapannya te...

Kenangan Wukuf di Arafah pada Musim Haji 2022 KT21

Image
  Kenangan wukuf di arafah , musim 2022, kenangan pahit manis ada di sini. Kehidupan yang memerlukan kita bertoleransi di antara sesama jemaah. Tidak boleh pentingkan diri, kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Matlamat kita sama mencari keredhaan Allah swt dan menjadi tamu Allah swt yang diberkati. Selepas masuk waktu Zohor dan solat jemaah, bermula khutbah wukuf arafah oleh pembimbing TH, suasana menjadi hening dan syahdu dalam menghayati khutbah. Tak sedar air mata mengalir membawa keinsafan diri di perhimpunan besar dunia dan masih kecil jika dibandingkan dengan perhimpunan Mahsyar yang maha dahsyat dan menggerunkan. Di sini kita masih lagi boleh ingat dan berfikir tentang keluarga, anak anak dan urusan dunia. Tapi du Mahsyar hanya fikir tentang nasib diri di hadapan Allah swt. Jika baik maka baiklah perjalanannya. jika tidak tidak terbayang azabnya ... Di Arafah masing masing mencari sudut sendiri untuk berdoa, berzikir, baca Al Quran... suasana cukup hening walaupun panas...

Penduduk bandar Tokyo, Jepun lebih ramai daripada rakyat Malaysia.. memang padat

Image
  Ini lah bandar yang terbesar di dunia, Tokyo, Jepun. Mempunyai penduduk seramai 37 juta orang, kawasan metropolitan ni berkeluasan 13,452 kilometer persegi. Populasinya memang nampak padat sangat kawasan ni tapi kadar jenayah di sini sangat la kurang dan semua tahu Tokyo antara bandar yang paling bersih di dunia. Walaubagaimana pun ada sebahagian sisi Tokyo di mana sebahagian penduduknya juga mengalami stress mungkin tekanan hidup, tekanan kerja serta cabaran kos sara hidup yang amat tinggi. Malah penduduknya melebihi penduduk seluruh Malaysia. sumber John Mohamed  

Pengunjung blog