Menjelang Hari Menderma Darah, Maxim E-hailing Mengadakan Derma Darah Bersama Pemandu Dan Pekerja di Terengganu

 




Hari Menderma Darah Sedunia ialah sambutan menderma darah. Ia adalah bagi menghargai penderma darah yang sukarela menderma darah mereka dan menyelamatkan nyawa. Usaha ini amatlah mulia di mana penderma membantu untuk menyelamtakan nyawa orang lain, tanpa mengetahui siapa penerimanya nanti.

Sempena program ini, Maxim E-hailing mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Jabatan Pertahanan Awam Kuala Terenggganu yang diadakan di salah satu pusat membeli belah di Kawasan Gong Badak.

Lebih daripada 25 rakan pemandu menyumbang semasa program dilaksanakan, bersama-sama pasukan pekerja dari Maxim Kuala Terengganu. Setiap daripada mereka berjaya menderma satu hingga dua beg darah, dan jumlah beg darah bergantung kepada keadaan kesihatan dan cadangan pegawai kesihatan.

Maxim E-hailing menyasarkan matlamat untuk berkongsi kesedaran tentang pendermaan darah dengan rakan kongsi pemandu, dan membantu mereka memahami faedah menjadi penderma. Tujuan utama adalah untuk mempunyai semangat membantu orang lain yang memerlukannya dan menjaga keadaan kesihatan mereka. Malah, menderma darah boleh mengurangkan risiko serangan jantung, meningkatkan aliran darah, dan pengawalan tahap zat besi.

“Menyertai acara derma darah adalah salah satu aktiviti tahunan pemandu rakan kongsi dan pasukan dari Maxim. Kami mengambil peluang untuk menyertai dan menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya kerana kami percaya pesakit itu boleh menjadi salah seorang penumpang atau ahli keluarga kami. Dengan pemberian darah itu, ia juga menunjukkan kerjasama yang baik antara pemandu dan pihak pengurusan,” kata ketua Maxim Kuala Terengganu, Ammar Amsyar.

“Saya sangat berterima kasih atas sesi derma darah hari ini, di mana kami berjaya mencapai sasaran bilangan beg darah beberapa daripadanya daripada pemandu Maxim. Jumlah beg ini boleh menyelamatkan banyak nyawa, dan kami akan menghantarnya terus ke hospital untuk digunakan. Saya juga berharap kerjasama antara Maxim Driver dan pihak pengurusan hospital terus berhubung” kata salah seorang jururawat dari jabatan perubatan transfusi.

Program derma darah menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap tahun dan Maxim E-hailing amat berbangga menjadi salah satu penderma yang menyumbang untuk menyelamatkan orang ramai. Usaha ini akan menjadi acara tahunan kami, kerana impak program ini adalah positif dan memberi manfaat kepada banyak pihak. Bukan sahaja di Kuala Terengganu, kami juga mengadakan di beberapa negeri di seluruh negara termasuk Utara Tanah Air, Sabah dan Sarawak.

 

 

Info

Maxim telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah dijayakan di Kuantan. Kini perkhidmatan tersebut beroperasi di semua negeri di Malaysia.

Sejak tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta sistem  berinovatif untuk mendaftar bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap hari. Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.

 

Aplikasi ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App Market, Vivo App Store and Galaxy Store.

Misi perkhidmatan ini adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai bergerak ke arah matlamat mereka!

 

Shafiqah Shajari

Pakar Perhubungan Awam

Maxim E-hailing Malaysia


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog