Posts

Showing posts from September, 2024

Kisah hidup Salman Al Farisi, sahabat Nabi Saw, penuh keinsafan dan tauladan

Image
  Salman al Farisi : Kisah Pengembaraan hidayah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah ibnu Abbas ra, berkata: Salman memberitahuku dari mulutnya dia berkata: Aku merupakan seorang pemuda Parsi berasal dari Asfahan. Kampungku bernama Jayy. Ayahku adalah ketua kampung. Dia adalah seorang yang paling kaya dan paling berkedudukan di kampung tersebut. Sejak kecil lagi aku adalah makhluk Allah yang paling dicintai ayah. Kasihnya kepadaku semakin hari semakin teguh dan subur. Hinggakan aku dikurung di rumah sebagaimana anak dara kerana bimbang keselamatanku. Aku tekun dan taat dengan agama Majusi. Sehingga aku dilantik menjaga api yang kami sembah. Aku ditugaskan meletakkan minyak padanya sehingga ia tidak pernah padam, sama ada siang mahupun malam. Ayahku mempunyai sebidang tanah ladang yang menghasikan hasil yang banyak buat kami sekeluarga. Ayah sendiri yang menguruskan dan menuai hasil ladangnya itu. Suatu hari dia disibukkan dengan binaannya hingga tidak sempat pergi ke ladangnya. D...

Roti Payang Nurul Islamiah, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, kedai lejeng ni

Image
Menu petang ni port lepak petang petang kosong hari ni, pakat balik awal belake. Puasang ni kita gi cari Roti Payang lejeng di Jalan Kamarudin iaitu Restoran Nurul Islamiah. Ambe kecik kecik ye jual dah. Kita tua nak masuk 5 siries ia masih teguh bertahan. Roti payang kuah daging cincang dok pun kari kambing atau ayam. Mang sedap dan lejeng. Dan ambe perati pelanggan utama dia set otai otai belake yang menjadi pelanggan setia sejak dulu. Dulu tak banyak kedai jual roti payang. Leni banyak dah pilihan seperti dekat Bsn, kuala ibai, batu 6, kat Ali spice dan banyak lagi. Tapi kedai lejeng tetap dalam kelasnya tersendiri. Ia penuh nostalgia dan memori yang membuatkan kita rasa seronok dan kembali ke zaman silam.dan kecil. Selain roti payang, Nasi beriani dia juga lejeng dan payah nak cari hok pesen serupa dia.Le ni macam macam pesen nasi beriani. Ambe pun lama dah dok makan nasi beriani dia. Lokasi dia berhadapan dengan showroom Cherry jalan kamarudin. Kedai bira jalan. Boleh google atau...

Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

Image
  Kuala Terengganu - Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Kuala Terengganu   mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman.   Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik.   Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sah...

Enjin carian yang hebat yang 'disembunyikan' Google

Image
  Google begitu kuat sehingga ia selalu “menyembunyikan” sistem pencarian lain dari kita. Kita hanya tidak tahu keberadaan sebagian besar dari mereka. Sementara itu, masih ada banyak pencari yang luar biasa di dunia yang mengkhususkan diri dalam buku, ilmu pengetahuan, dan informasi cerdas lainnya. Simpan daftar situs yang belum pernah Anda dengar. www.refseek.com - pencarian sumber akademik. Lebih dari satu milyar sumber: ensiklopedia, monograf, majalah. www.worldcat.org - pencarian isi 20 ribu perpustakaan di seluruh dunia. Temukan di mana letak buku langka terdekat yang Anda butuhkan. https://link.springer.com - akses ke lebih dari 10 juta dokumen ilmiah: buku, artikel, protokol penelitian. www.bioline.org.br - adalah perpustakaan jurnal bio-sains ilmiah yang diterbitkan di negara-negara berkembang. http://repec.org - sukarelawan dari 102 negara telah mengumpulkan hampir 4 juta publikasi tentang ekonomi dan ilmu terkait. www.science.gov - adalah mesin pencari negara Amerik...

Kuliah Bisnes: Pengurusan adalah perlaksanaan

Image
  Kuliah Bisnes Menurut Peter Drucker, Pengurusan adalah Perlaksanaan. Ia mengenai melakukan tugas-tugas tertentu, mengureus para pengurus dan mencipta bisnes yang mencapai matlamatnya. "Ujian terpenting pihak pengurusan adalah prestasi bisnes. Sudah terbukti bahawa pencapaian adalah satu keperluan dan matlamat utama pengurusan. Pengurusan dengan kata lain, ada;ah satu amalan, bukan sains atau profesion, walaupun mengandungi kedua dua elemen tersebut". Sebagai pemimpin atau pengurus kepada semua pengurus, tugas kita lebih jelas iaitu membantu orang lain mencapai matlamat dan melaksana. Itulah cara bagi organisasi mencapai prestasi cemerlang tak kira apa industri atau saiz organisasi. tips: sentiasa luangkan 5-10 minit bagi masa bacaan apa saja buku apath lagi yang berkaitan dengan kerjaya kita. Ia juga bantu bagi idea dan berikan ilham baru dalam merangka tindakan dan pemikiran kita. #kuliahbisnes #pengurusan

Pengunjung blog