Pelita Raya 2025 mendapat sambutan yan luar biasa.. meriah sungguh
semalam berkesempatan mengunjungi Pelita Raya 2025 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak. Sungguh hebat dan luarbiasa sambutanya. Gaya persembahan daripada agensi yang menyertai juga hebat dan menarik. Macam macam tema dan motif ditampilkan bagi menzahirkan suasana ceria Pelita Raya. Malah setiap reruai pameran juga turut menampilkan keunikan jualan masing masing. Macam macam menu rare dari daerah masing masing ditampilkan di sini. Sampai semalam sudah agak lewat sikit dalam jam 11.00 malam, tapi orang ramai masih berpusu pusu menikmati kemeriahan acara ini. Tak sempat nak jelajah secara lebih mendalam setiap ruang. Ambe singgah di Sesohor Setiu dan sempat menyapa Tuan DO Rizal bersama Tuan ADO Raja Faisal yang santai. Makanan di Setiu juga rare dengan menu Kepala Kambing dan lokan bakar serta kuih peneram dan macam macam lagi. Nampak colek ayam pun ada sesuai dengan suasana moreh. Ambe juga singgah ke reruai Pmint dan Kumpulan Syarikat PMINT yang bermotif...