Pelita Raya 2025 mendapat sambutan yan luar biasa.. meriah sungguh
semalam berkesempatan mengunjungi Pelita Raya 2025 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.
Sungguh hebat dan luarbiasa sambutanya.
Gaya persembahan daripada agensi yang menyertai juga hebat dan menarik. Macam macam tema dan motif ditampilkan bagi menzahirkan suasana ceria Pelita Raya. Malah setiap reruai pameran juga turut menampilkan keunikan jualan masing masing. Macam macam menu rare dari daerah masing masing ditampilkan di sini.
Ambe singgah di Sesohor Setiu dan sempat menyapa Tuan DO Rizal bersama Tuan ADO Raja Faisal yang santai.
Makanan di Setiu juga rare dengan menu Kepala Kambing dan lokan bakar serta kuih peneram dan macam macam lagi. Nampak colek ayam pun ada sesuai dengan suasana moreh.
Ambe juga singgah ke reruai Pmint dan Kumpulan Syarikat PMINT yang bermotifkan penyu dengan ruang santai yang menarik.
Turut dibawa beca berhias yang menjuarai acara beca berhias di raja baru baru ini.
Acara kali ini bukan sekadar penyertaan dari daerah dan agensi negeri Terengganu sahaja, malah juga penyertaan dari luar seperti Kelantan dan Perlis malah wakil antarabangsa pun ada iaitu dari Thailand dan Bangladesh.
Sememangnya acara ini suatu yang dinanti dan amat menggamit memori dan nostalgia kehidupan kita suatu ketika dahulu.
Cuma berlangsungnya pada Ramadhan ada keterbatasan waktu serta tenaga dalam melaksanakan gerakkerja serta menikmati setiap ruang sambil briswalk diwaktu malam.
Alangkah baiknya prop ini dikekalkan dan dibuat pusingan kedua pada Syawal nanti bagi memberi ruang dan peluang kepada pelancong terutama anak rantau malah mereka dari luar Terengganu bgi menikmati keunikan luar biasa Pelita Raya ini sambil menikmati pelbagai juadah istimewa yang dijual dan ditampilkan.
Apapun tahniah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu atas penganjuran yang hebat dan luar biasa ini.
Memang Terengganu Dok Rileks!
Comments