Posts

Showing posts from November, 2025

Keetas cadangan Tanaman Kelapa.. panduan

Image
KERTAS CADANGAN PROJEK PENANAMAN KELAPA (MATAG) 1. Pengenalan Projek ini bertujuan untuk membangunkan kawasan pertanian seluas 10 ekar dengan tanaman kelapa MATAG yang mempunyai potensi pasaran tinggi dan hasil yang lumayan. Kelapa MATAG ialah varieti kacukan yang popular di Malaysia, dengan kualiti buah yang tinggi dan hasil yang konsisten. 2. Objektif Projek Mengusahakan tanaman kelapa secara komersial dan mampan. Menjana pendapatan jangka panjang kepada pengusaha. Menyumbang kepada pengeluaran hasil pertanian negara. 3. Skop Projek Kawasan: 10 ekar Jenis tanaman: Kelapa MATAG Jangka masa: 25 tahun (jangka hayat pokok) Bilangan pokok: ±80 pokok/ekar → 800 pokok untuk 10 ekar 4. Kos Permulaan (Setiap 10 Ekar) Komponen Kuantiti / Kadar Kos (RM) Pembersihan dan Penyediaan Kawasan RM1,500/ekar 15,000 Pembelian Benih Kela...

Minum madu, sebagai ubat atau penawar

Image
  Minum madu sebagai ubat dan penawar ada caranya Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah. Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW. Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang? Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat. Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan...

Pesanan buat bakal haji.. syarat kesihatan baru

Image
  Buat bakal bakal haji syarat kemampuan semakin sukar dan ketat kena.plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji. Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi. 1. Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan dibuka di Tanah Suci. Semua Jemaah Haji yang sakit akan dirujuk ke hospital Saudi. 2. Bilangan Petugas Kesihatan Haji akan dikurangkan. 3. Tiada lagi Safari Wuquf untuk pesakit yang uzur. Pesakit yang masuk wad tidak berpeluang untuk melaksanakan wuquf. 4. Tiada lagi kuota pengiring untuk jemaah uzur. Pengecualian hanya untuk kes Dementia ringan (Nyanyuk). Sehubungan itu pemeriksaan haji akan menekankan aspek kebolehan untuk bakal haji berdikari dan cergas untuk lakukan ibadah haji di Tanah Suci. Bakal jemaah haji boleh bergerak tanpa bergantung bantuan orang lain. Jadi kriteria LULUS pemeriksaan kesihatan haji akan diperketat. Antara contoh-contoh secara AUTOMATIK akan GAGAL pemeriksaan haji. 1. Berat Badan Unggul (BMI) >37.5 2. Kencin...

Hebat perjalanan kisah CEO AMD ini... membua mata dunia

Image
  Hebat perjalanan CEO AMD ini membangunkan syarikat benar benar memberi inspirasi Masa Lisa Su naik jadi CEO AMD pada Oktober 2014, ramai yang skeptikal. Syarikat tu waktu tu macam “nyawa-nyawa ikan” — market cap baru USD 2 bilion, saham pun orang tak pandang. Intel tengah pegang pasaran CPU, Nvidia pula makin laju dalam grafik. AMD masa tu? Kena potong kiri kanan. Tapi siapa sangka, 11 tahun kemudian, nama Lisa Su jadi legenda. ⸻ Bayangkan — masa dia mula ambil alih, AMD baru lepas beberapa tahun rugi berturut-turut. Kilang dah dijual, pelabur dah hilang keyakinan, malah ada yang kata “AMD ni tunggu masa je nak lingkup.” Lisa Su datang dengan pendekatan yang sangat “no drama”. Tak banyak cakap, tapi kerja jalan. Dia ubah strategi produk sepenuhnya — fokus pada teknologi “chiplet” yang modular (sesuatu yang Intel pun masa tu tak sempat kejar), dan lahirlah siri Ryzen untuk pengguna biasa, EPYC untuk server, dan Radeon yang mula jadi pesaing serius GPU Nvidia. Perlahan-lahan, nama ...

Pusat Konsrvasi Hiduan Liar (tuntung) Kg Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Image
  Pusat Konservasi Hidupan Liar (tuntung) di Kg Dusun Hulu Terengganu di antara destinasi yang patut diketengahkan agar masyarakat lebih mengenali spesis terancam ini dan sama sama menjaga kelestarian habitat . Kata orang tak kenal maka tak cinta. Di sini bukan sahaja anda dapat mengenali habitat tuntung malah beberapa lagi spesis kura- kura yang agak sukar dilihat kini di sini malah saiz juga besar dan mengagumkan. Peranan tempat ini amat penting bagi memastikan spesis ini terus membiak dan habitatnya terpelihara malah kehidupan di habitat asal juga terjaga dan selamat. Jika ada peluang, bawalah anak anak dekati hidupan alam ini dan mereka bakal menjadi generasi yang menjaga hidupan ini di masa sekarang dan masa depan. #pusatkonservasi #tuntung #kurakura #huluterengganu #kgdusun

Pengunjung blog