Hebat perjalanan kisah CEO AMD ini... membua mata dunia

 

Hebat perjalanan CEO AMD ini membangunkan syarikat
benar benar memberi inspirasi
Masa Lisa Su naik jadi CEO AMD pada Oktober 2014, ramai yang skeptikal.
Syarikat tu waktu tu macam “nyawa-nyawa ikan” — market cap baru USD 2 bilion, saham pun orang tak pandang. Intel tengah pegang pasaran CPU, Nvidia pula makin laju dalam grafik.
AMD masa tu? Kena potong kiri kanan.
Tapi siapa sangka, 11 tahun kemudian, nama Lisa Su jadi legenda.
Bayangkan — masa dia mula ambil alih, AMD baru lepas beberapa tahun rugi berturut-turut. Kilang dah dijual, pelabur dah hilang keyakinan, malah ada yang kata “AMD ni tunggu masa je nak lingkup.”
Lisa Su datang dengan pendekatan yang sangat “no drama”. Tak banyak cakap, tapi kerja jalan.
Dia ubah strategi produk sepenuhnya — fokus pada teknologi “chiplet” yang modular (sesuatu yang Intel pun masa tu tak sempat kejar), dan lahirlah siri Ryzen untuk pengguna biasa, EPYC untuk server, dan Radeon yang mula jadi pesaing serius GPU Nvidia.
Perlahan-lahan, nama AMD naik balik. Gamer suka sebab performance power tapi harga lebih rendah dari Intel. Server market pun mula buka pintu sebab EPYC bagi value tinggi.
Di bawah Lisa Su, AMD bukan saja pulih — tapi bangkit jadi kuasa besar.
Dari market cap USD 2 bilion, sekarang sekitar USD 330 hingga 380 bilion.
Itu kenaikan lebih 15,000% kalau dikira dari bawah ke atas.
Pendapatan tahunan pun dah mencecah hampir USD 30 bilion, dan yang lebih penting — reputasi AMD dah setanding dengan Intel dan Nvidia.
Bila AI jadi trend besar, AMD tak ketinggalan. Mereka hasilkan cip AI sendiri dan jadi antara pembekal utama pusat data besar seluruh dunia.
Lisa Su juga jenis pemimpin yang sangat teknikal — dia sendiri jurutera cip, PhD dalam kejuruteraan elektrik dari MIT. Jadi bila dia berbincang tentang seni bina cip, dia bukan baca skrip — dia faham sampai ke transistor.


Orang yang dulu geleng kepala tengok AMD, sekarang tunduk hormat.
Majalah Time pernah pilih Lisa Su sebagai “CEO of the Year”, dan Forbes letakkan dia antara wanita paling berpengaruh dalam dunia teknologi.
Yang menarik, walaupun jadi antara CEO paling hebat dalam dunia semikonduktor, dia tetap rendah diri. Bila ditanya rahsia kejayaan, Lisa jawab ringkas:
“We focused on execution — one product at a time, one generation at a time.”
Bila tengok balik perjalanan AMD ni, kita belajar satu benda — kadang-kadang bukan pasal siapa paling besar, tapi siapa paling fokus dan tak give up.
Kalau Lisa Su dulu ikut cakap orang yang kata “AMD tak ada masa depan”,
mungkin hari ni jenama tu dah tinggal sejarah.
Tapi sebab dia pilih untuk terus berjuang —
AMD sekarang jadi simbol kebangkitan dalam dunia teknologi.
Kalau cakap pasal CEO paling hebat dalam era moden, nama Lisa Su memang layak duduk sebaris dengan Elon Musk, Satya Nadella dan Jensen Huang.
Bezanya, dia buat semua tu tanpa gimik — cuma dengan visi, disiplin, dan cip yang gila laju.
Yang dulu hampir mati, kini bernilai ratusan bilion dolar. Dan itu bukan magik. Itu hasil kerja keras — yang bernama Lisa Su.
sumber FB Jazli

Comments

Popular post this month

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Khasiat pokok Susu Kambing dan manfaatnya

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

Pengunjung blog