Posts

Showing posts with the label Gunung Tebu

Visit Terengganu Year 2013: TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2013

Image
DARIPADA RM48,100.00 KEPADA RM68,100.00 . SETIAP KATEGORI AKAN MENDAPAT LEBIH NILAI.. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI... KATEGORI HADIAH KATEGORI                                                1st               2nd   3rd      4th 5th INTERNATIONAL 2,000 1,600 1,300 900 600     NATIONAL OPEN 2,000 1,600 1,300 900 300 MASTER 1,700 1,400 1,100 800 600 STUDENT 1,500 1,200 900 700 500 FAMILY 1,500 1,200             900 700 500 Johan sehingga tempat ke 10 akan mendapat wang tunai dan medal. Tempat ke 11 sehi...

Tebu Mountain Challenge telah di tunda ke 15 hingga 16 Jun 2012

Image
Semalam, blogger telah mendapat mesej dari urusetia bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sebagai penganjur utama TEBU MOUNTAIN CHALLENGE telah memaklumkan bahawa program yang sepatutnya di adakan pada 18 hingga 19 Mei ini telah di tunda ke tarikh 15 hingga 16 Jun 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. maklumat asal boleh diikuti disini TEBU MOUNTAIN CHALLENGE untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung 012-9297837 dan 019-9178000 Harap maklum Admin Terengganu My Heritage

TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2012, 18 hingga 19 Mei 2012

Image
Persatuan Pemandu Pelancong ALam Semulajadi Terengganu (TENAGA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2012 pada 18 hingga 19 Mei 2012. Sebanyak RM30,700 hadiah wang tunai di sediakan kepada peserta ganjaran hadiah wang keseluruhan dengan 5 kategori di pertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita 18 hingga 44 tahun, Master Lelaki dan Wanita 44 tahun dan ke atas, serta kategori pelajar 13 hingga 20 tahun. Hadiah akan diberi bagi tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap kategori. Kejohanan dan cabaran yang bertempat di Hutan Lipur Lata Belantan, Besut, Terengganu atau kaki bukit Gunung Tebu ini pasti menjanjikan cabaran yang menarik bagi penggemar sukan dan aktiviti lasak. Orang ramai yang berminat dijemput menyertai dan memeriahkan acara tersebut dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan sekretariat atau urusetia kejohanan TMC 2012 di talian 012-9297837 dan 019-9178000 untuk maklumat lanjut. Bagi mendapatka...

Kenali Gunung Tebu...... menarik dan mistik

Image
( terima kasih:http://terengganutravel-guide.blogspot.com ) Sempena dengan penganjuran Tebu Mountain Challenge 2010 pada 24-25 September 2010 ini, mari sama-sama kita terokai dan kenali dengan lebih dekat Gunung Tebu ini. Ia mempunyai ketinggian 3,401 kaki dari aras laut dan terletak di Mukim Jabi, Besut. Di kaki gunung terdapat air terjun yang popular dan amat cantik iaitu Lata Belantan. Keadaan fizikal airnya selamat dan sesuai untuk anak-anak sekeluarga. Di sepanjang pendakian terdapat pelbagai flora dan fauna khazanah alam yang unik dan tak ternilai harganya seperti Tongkat Ali, Janggut Ali, Misai Ali, Kacip Fatimah, Serapat dan sebagainya yang tumbuh meliar di sini. Di tengah perjalanan, anda akan berjumpa satu kawasan yang lapang yang terdapat batu besar yang diberi nama Batu Tok Mat Hassan. Menurut penduduk tempatan di sini, batu tersebut diberi nama sempena dengan nama seorang penduduk tempatan yang pernah datang dan ...

Tebu Mountain Challenge 2010.. RM30,700 di tawarkan

Image
Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula jadi Terengganu (TENAGA) akan menganjurkan cabaran aktiviti lasak Tebu Mountain Challenge 2010 yang akan di adakan pada 24 hingga 25 September 2010. Cabaran ini akan bermula di kaki gunung iaitu di Hutan Lipur Lata Belantan. Kategori yang di pertandingkan adalah Lelaki dan wanita terbuka, Lelaki dan wanita master (44 tahun ke atas) serta kategori pelajar 13 hingga 20 tahun. Jarak pertandingan adalah 14km pergi dan balik mengharungi cabaran dan rintang geografi gunung yang mencabar. Hadiah pertandingan yang ditawarkan adalah lumayan di mana RM30,000 telah diperuntukkan untuk semua kategori. Pemenang akan menerima hadiah sehingga tempat ke 10 bagi semua kategori. Penganjuran Cabaran Tebu Mountain Challenge ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Bagi yang berminat boleh menghubungi Sekretariat penganjur TMC di talian 012-9297837 (Encik Khairul), 0199176000 (Encik Zahari) dan 0199359358 (Encik Nek Yunus)

Pengunjung blog