Kenali Gunung Tebu...... menarik dan mistik

(terima kasih:http://terengganutravel-guide.blogspot.com)
Sempena dengan penganjuran Tebu Mountain Challenge 2010 pada 24-25 September 2010 ini, mari sama-sama kita terokai dan kenali dengan lebih dekat Gunung Tebu ini.

Ia mempunyai ketinggian 3,401 kaki dari aras laut dan terletak di Mukim Jabi, Besut. Di kaki gunung terdapat air terjun yang popular dan amat cantik iaitu Lata Belantan. Keadaan fizikal airnya selamat dan sesuai untuk anak-anak sekeluarga.

Di sepanjang pendakian terdapat pelbagai flora dan fauna khazanah alam yang unik dan tak ternilai harganya seperti Tongkat Ali, Janggut Ali, Misai Ali, Kacip Fatimah, Serapat dan sebagainya yang tumbuh meliar di sini.

Di tengah perjalanan, anda akan berjumpa satu kawasan yang lapang yang terdapat batu besar yang diberi nama Batu Tok Mat Hassan. Menurut penduduk tempatan di sini, batu tersebut diberi nama sempena dengan nama seorang penduduk tempatan yang pernah datang dan bertapa di sini. Lokasi pertapaan dikatakan tujuh tingkat di bawah batu besar ini.Tok Mat Hassan ini dikatakan telah bertapa selama 44 hari dan hanya memakan sebiji bertih sehari sepanjang pertapaan.

Apa yang menarik kawasan puncak Gunung Tebu ini agak luas dan rata. Apa yang unik terdapat banyak pokok bonsai di kawasan ini dan dalam keadaan yang sentiasa terjaga dan terpelihara iaitu bagaikan dalam taman dan seperti di kawasan hutan!.Dari puncak ini terserlah keindahan alam semulajadi dengan hawa udara gunung dan jelas nampak pemandangan Laut China Selatan dari puncak ini.

Di antara kisah misteri Gunung Tebu ( di petik dari LIBUR Mac/April 2003)

  • Jangan menyangka gunung ini dipenuhi dengan pokok tebu di puncaknya. Malah disepanjang perjalanan pendakian anda tidak akan menemui sebatang pun pokok tebu. Tetapi jika seseorang itu tersesatketika mendaki atau menuruni gunung, biasanya akan menemui pokok tebu yang besar. Dari cerita mereka yang tersesat inilah ia dikenali dengan Gunung Tebu
  • Terdapat beberapa buah batu di gunung ini yang diberi nama tertentu mengikut cerita yang tersendiri. Batu Madrasah yang terdapat di tapak perkhemahan di puncak di katakan telah digunakan oleh Tok Mat Hassan untuk orang-orang bunian tentang ilmu agama.
  • Terdapat juga batu yang tersusun atur bagaikan susunan kerusi di sebuah dewan dan dua buah batu di kiri dan kanan pintu masuk ke taman bonsai seakan-akan tempat orang mengawal dan menjaga urusan keluar masuk. Batu itu juga dinamakan Batu Mahkamah dan dikataan digunakan oleh orang-orang bunian sebagai tempat perbicaraan mereka.
Tentunya setelah mengetahui serba sedikit latar belakang Gunung Tebu ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk ke mari untuk menerokai dan merasai sendiri pengalaman mendaki dan menyelami sendiri kemistikan gunung ini yang sememangnya berbeza dengan gunung-gunung lain.

Apapun nasihat blogger, pastikan anda mendapatkan khidmat Jurupandu Alamsemulajadi yang berlesen bagi memastikan perjalanan dan ekspedisi anda selamat.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog