Viral punya pasal, 1 tan udang celup tepung terjual sehari!
Bayangkan betapa murahnya jika anda dapat satu pinggan dipenuhi 45 ekor udang celup tepung dengan harga RM10 sahaja. Bukan sahaja murah, udang yang dijual juga dikatakan segar dan terjual hampir satu tan sehari lebih-lebih jika ada cuti umum. Pemilik kedai makan Trizai, Zainab Mohamed, 26 tahun, berkata bahawa kedai makan yang diusahakan selama lima tahun bersama suaminya, Mohd Fitri Md Yusof, 31 tahun, tular di laman sosial baru-baru ini akibat penangan udang 45 ekor berharga RM10 yang dijual olehnya. “Ia mula ditularkan oleh pelanggan selepas saya memasang papan iklan mengenai harga murah udang celup tepung dan ikan selayang celup tepung,” kata pemilik kedai yang terletak di Penarik, dekat Permaisuri, Terengganu itu. “Sebelum ini, udang celup tepung bersaiz kecil dijual dengan harga RM10 untuk 30 ekor tetapi kini saya menambahnya kepada 45 ekor pada harga sama,” jelasnya. “Ikan selayang celup tepung pula dijual dengan harga RM1.90 seekor berbanding sebelum ini dijual p...