Warung ICT Rhu Sepuluh. Setiu... juallah dengan harga berpatutan.. insyalah rezeki bertambah.

Sotong dan ikan celop tepung memang sohor di Pantai Rhu 10, Setiu, Terengganu
Entry kali ini blogger akan membawa pembaca ke Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu. Di sini memang terkenal dengan 'ICT' atau bahasa Terengganu , 'Ikan celup tepung' dan segala jenis celup tepung samada sotong, udang, ikan dan sebagainya.
Cicah colek pulak memang sedap

Terletak berhampiran pantai Rhu 10 yang indah sememangnya suasana makan di sini nyaman dan santai sekali. Ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu atau sebaliknya.

Terdapat banyak gerai-gerai sepanjang pantai ini yang menyajikan pelbagai pilihan kepada pengunjung.

Sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang melalui jalan pantai
Cuma apa yang menjadi harapan blogger kepada pengusaha gerai atau warung di sini, janganlah , menjual dengan harga yang 'terik' atau tinggi, biarlah berpadanan dan berpatutan.Biarlah harga yang berpatutan, insyallah pengunjung akan lebih ramai apabila mereka seronok makan. Tetapi apabila mereka rasa teraniaya, ia akan menjadi destinasi 'kali terakhir' untuk makan. Harap-harap ia tidak akan berakhir begitu.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu

Pakej Berbuka Puasa Termurah di Setiu di D Nora Seafood, Chalok... pakat mari weeh

Bot Penambang Kuala Terengganu, warisan yang hidup

Pengunjung blog