Posts

Showing posts with the label KUSZA

Tuan Guru Abd Rahman Pombeng... Ulama Patani yang berbakti di bumi Terengganu satu ketika dahulu.

Image
  Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Pombeng. Beliau merupakan menantu kepada Pak Da Eil Mekah. Sedikit manaqib beliau : Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng ( 1930 - 2008 ) Tuan Guru dilahirkan di sebuah kampung bernama Pombeng dalam daerah Penarik, Patani. Selepas belajar di sekolah dasar bahasa Thai sehingga darjah 4, beliau pindah belajar di Pondok Kuala Beruas pada tahun 1941 seterusnya ke Pondok Mak Enggol pada 1947 dan akhirnya ke Mekah. Diantara guru beliau ialah : 1. Tok Beruas / Tuan Guru Haji Abdul Rahman Saghir - Pondok Kuala Beruas 2. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol - Pondok Mak Enggol 3. Syeikh Abdul Malik Malla 4. Syeikh Said Jundal 5. Syeikh Mahmud Sawaf Iraq 6. Syeikh Abu al Wafa Mesir 7. Syeikh Badran 8. Syeikh Mutawalli 9. Syeikh Ali al Siba'i 10. Syeikh Alawi Abbas al-Maliki 11. Syeikh Hassan Masyath 12. Syeikh Amin Kutbi 13. Pak Da Eil Mekah 14. Tok Ahyad 15. Syeikh Daud Sulaiman al-Kalantani 16. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Beliau pulang ke Patani pada tahun 19...

Warung Air Batu Cendol Batu Enam, Kuala Terengganu.. masih bertahan dan 'the legend'

Image
Sejak zaman mengaji KUSZA lagi iaitu pertengahan tahun 90 an, admin telah menikmati Air Batu Cendol ini yang suatu ketika dahulu terletak di bawah pokok besar di hadapan Pasar Batu Enam, Kuala Terengganu. Ia sememangnya menjadi tarikan pengunjung untuk berteduh dan membasahkan tekak dengan air batu cendol yang enak ini. Kini ia beroperasi diwarung yang tersusun dan cantik berhadapan dengan Masjid At Taqwa Batu Enam  yang menjadi antara lokasi tetap penceramah terkenal berkuliah iaitu Ustaz Azhar Idrus. Beberapa warung lain yang dulunya sama-sama beroperasi bawah pokok besar kini dibawah satu bumbung termasuk Warung Laksa Penang Pok Mang, Warung Mee Celup, Goreng Pisang dan Air Tebu. Warung Cendol ini boleh dikatakan 'legend' kerana masih mampu bertahan sehingga hari ini dalam menempuh arus perubahan dan harganya pun RM1.50 semangkuk. Manakala Laksa Penang Pok Mang RM2.50 semangkuk. Menikmati makanan kegemaran ramai orang ini adalah satu kepuasan. Inilah kegemar...

Pengunjung blog