Tuan Guru Abd Rahman Pombeng... Ulama Patani yang berbakti di bumi Terengganu satu ketika dahulu.

 


Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Pombeng. Beliau merupakan menantu kepada Pak Da Eil Mekah.
Sedikit manaqib beliau :
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng ( 1930 - 2008 )
Tuan Guru dilahirkan di sebuah kampung bernama Pombeng dalam daerah Penarik, Patani.
Selepas belajar di sekolah dasar bahasa Thai sehingga darjah 4, beliau pindah belajar di Pondok Kuala Beruas pada tahun 1941 seterusnya ke Pondok Mak Enggol pada 1947 dan akhirnya ke Mekah.
Diantara guru beliau ialah :
1. Tok Beruas / Tuan Guru Haji Abdul Rahman Saghir - Pondok Kuala Beruas
2. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol - Pondok Mak Enggol
3. Syeikh Abdul Malik Malla
4. Syeikh Said Jundal
5. Syeikh Mahmud Sawaf Iraq
6. Syeikh Abu al Wafa Mesir
7. Syeikh Badran
8. Syeikh Mutawalli
9. Syeikh Ali al Siba'i
10. Syeikh Alawi Abbas al-Maliki
11. Syeikh Hassan Masyath
12. Syeikh Amin Kutbi
13. Pak Da Eil Mekah
14. Tok Ahyad
15. Syeikh Daud Sulaiman al-Kalantani
16. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
Beliau pulang ke Patani pada tahun 1961 dan mendirikan Muassasah al-Thaqafah al-Islamiyyah di Pombeng.
Tuan Guru berhijrah ke Malaysia pada tahun 1981 kerana isu politik di Siam. Beliau terpaksa berhijrah keluar dari Patani kerana desakkan beberapa pihak. Hijrah beliau telah membawanya ke Lundang, Kota Bahru dan seterusnya ke Terengganu pada tahun yang sama.
Di Terengganu, beliau mendapat tawaran menjadi pensyarah di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin dan dalam waktu yang sama beliau juga menjadi pakar rujuk bagi pensyarah pensyarah muda berkaitan hal ehwal agama. Turut berkhidmat sebagai khatib di masjid sekitar Kuala Terengganu dan menyampaikan dakwah di corong corong radio.
Beliau membuka sebuah pondok di Kuala Ibai, Terengganu dan menamakan ia Pondok Darul Salam.



Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng meninggal dunia pada usia 78 tahun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Admin: Admin pernah berguru dan belajar dengan Almarhum tyan guru semasa belajar di KUSZA dahulu dan sememangnya Tuan Guru diakui pakar dan menjadi rujukan bukan kepada pensyarah Melayu malah pensyarah Arab dengan kefaqihan dan kealiman terutama dalam ilmu Feqah.

Penerangan Tuan Guru jelas dan mudah faham.

Admin juga amat baik dengan salah seorang anak Tuan Guru iaitu Dr Ammar Abd Rahman yang kini menjadi Pengetua di MRSM di Besut, Terengganu yang sama sama bersekolah di Smaasza Batu Buruk sat ketika dahulu.

Semoga Allah swt menempatkan roh Tuan Guru ditempat orang orang yang mulia. Amat besar jasa dan pengorbanan Tuan Guru kepada agama dan bangsa.

kredit FB Tengku Yusuff

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Makan Tengahari di Chana, Songkhla.. masakan asli Thai

Pengunjung blog