Posts

Showing posts with the label Lata Belantan

Hutan Lipur Lata Belantan, Jabi, Besut, Terengganu

Image
Hutan Lipur Lata Belatan terletak di daerah Besut. Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu. Pelbagai kemudahan asas juga disediakan seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung. Bagaimana Hendak Ke Sini? Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi. Lokasi: 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Teren gganu - Kota Bharu. Hutan Lipur Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer. Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan...

LATA CHAKAH, Setiu, indah bagai anak dara desa yang belum diusik.

Image
Keindahan dan keunikan alam semulajadi di Lata Chakah, Setiu Kali ini destinasi pilihan blogger adalah LATA CHAKAH , Setiu, Terengganu. Orang tempatan memanggilnya 'Lata Sawa'. Mengapa dipanggil sedemikian, masih menjadi tandatanya. Memang cantik dan setaraf dengan destinasi perkelahan Sekayu mahupun Lata Tembakah Apapun ianya memang cantik dan indah dan belum tercemar oleh kemajuan. Kata orang cantik bagai anak dara desa yang belum diusik . Bagi warga tempatan ia sememangnya sudah dikenali tetapi bagi mereka yang diluar daerah Setiu, ia memang belum popular .  Kawasan Lata Chakah ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa dijaga dengan baik. Cuma promosi atau hebahan untuk mempopularkan tempat ini sahaj masih belum cukup meluas. Ia boleh menjadi destinasi perkelahan hujung minggu untuk keluarga setaraf dengan destinasi popular lain seperti Lata Tembakah, Sekayu mahupun Lata Belantan. Dengan air yang jerni...

Tebu Mountain Challenge 2010.. RM30,700 di tawarkan

Image
Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula jadi Terengganu (TENAGA) akan menganjurkan cabaran aktiviti lasak Tebu Mountain Challenge 2010 yang akan di adakan pada 24 hingga 25 September 2010. Cabaran ini akan bermula di kaki gunung iaitu di Hutan Lipur Lata Belantan. Kategori yang di pertandingkan adalah Lelaki dan wanita terbuka, Lelaki dan wanita master (44 tahun ke atas) serta kategori pelajar 13 hingga 20 tahun. Jarak pertandingan adalah 14km pergi dan balik mengharungi cabaran dan rintang geografi gunung yang mencabar. Hadiah pertandingan yang ditawarkan adalah lumayan di mana RM30,000 telah diperuntukkan untuk semua kategori. Pemenang akan menerima hadiah sehingga tempat ke 10 bagi semua kategori. Penganjuran Cabaran Tebu Mountain Challenge ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Bagi yang berminat boleh menghubungi Sekretariat penganjur TMC di talian 012-9297837 (Encik Khairul), 0199176000 (Encik Zahari) dan 0199359358 (Encik Nek Yunus)

Pengunjung blog