TEMCO 2012- banyak idea dan perkongsian dalam membangunkan pelancongan Terengganu
Seminar Terengganu Eco & Marine 2012 atau TEMCO yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 November 2012 di Primula Beach Resort telah banyak melahirkan idea dan pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat pelancongan di negeri Terengganu. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Persatuan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Sufian Dato Wan Ishak telah menyatakan PPNT sememangnya serius dalam mengangkat dan membangunkan pelancongan di Terengganu. Salah satu produk baru yang diperkenalkan PPNT adalah 'Payang Walk' pada setiap minggu Jumaat hingga Ahad di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Payang Walk adalah usaha meneruskan kesinambungan budaya dan warisan Terengganu melalui pakej menaiki beca atau 'teksi' (panggilan orang Terengganu), jualan kraftangan, aktiviti kebudayaan, pakej River cruise bot penambang dan bermacam-macam lagi supaya ia akan terus menjadi penyambung warisan negeri Terengganu. Ia juga akan terus 'menghidupkan' lagi Pasar Payang yan...