TEMCO 2012- banyak idea dan perkongsian dalam membangunkan pelancongan Terengganu


Seminar Terengganu Eco & Marine 2012 atau TEMCO yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 November 2012 di Primula Beach Resort telah banyak melahirkan idea dan pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat pelancongan di negeri Terengganu.

Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Persatuan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Sufian Dato Wan Ishak telah menyatakan PPNT sememangnya serius dalam mengangkat dan membangunkan pelancongan di Terengganu. Salah satu produk baru yang diperkenalkan PPNT adalah 'Payang Walk' pada setiap minggu Jumaat hingga Ahad di Pasar Payang, Kuala Terengganu.


Payang Walk adalah usaha meneruskan kesinambungan budaya dan warisan Terengganu melalui pakej menaiki beca atau 'teksi' (panggilan orang Terengganu), jualan kraftangan, aktiviti kebudayaan, pakej River cruise bot penambang dan bermacam-macam lagi supaya ia akan terus menjadi penyambung warisan negeri Terengganu. Ia juga akan terus 'menghidupkan' lagi Pasar Payang yang menjadi nadi Kuala Terengganu.
Majlis turut dimeriahkan dengan iringan lagi Gamelan yang mengasyikkan

Perasmian seminar TEMCO 2012 ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rozali bin Salleh daripada SUK Terengganu. Beliau turut menekankan Kerajaan Negeri Terengganu sememangnya memberi tumpuan terhadap bidang pelancongan ini lebih-lebih lagi tahun 2013 adalah Tahun Melawat Terengganu. Pelbagai program telah dirangka untuk sepanjang tahun bagi merancakkan lagi sambutan TMT2013 ini.
Para tetamu jemputan dan peserta TEMCO 2012

Dalam seminar ini juga beberapa isu penting terutama berkaitan dengan pelancongan eko dan marin telah dikupas dan dibincangkan oleh mereka yang arif dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Di antara topik-topik yang diperbincangkan sepanjang seminar adalah:
  • Tahun Melawat Terengganu 2013
  • Potensi Tasik Kenyir dalam pelancongan Eko Tourism
  • Pelancongan Eko dan Marin , pengalaman Sabah dalam industri terutama berkaitan 'scuba diving ' serta peraturan dan penjagaan alam sekitar
  • Volunteer Tourism
  • Isu-isu dan kajian dalam eko dan marin tourism
  • perkongsian pengalaman pengusaha Homestay Teluk Ketapang, PEWANIS Kg Mangkuk, Penyu di Pantai Mak Nik Kemaman serta Kelip-kelip di Sg Yak Yah, Kemaman.
  • Lawatan produk susur Sungai Marang ke Kg Jenang, Marang
Buku Kayu Manis yang memaparkan warisan Terengganu yang paptut dimiliki

Makanan sepanjang seminar juga menarik dan menyelerakan
Apa yang menarik, penyertaan peserta dalam seminar ini adalah dari seluruh negara termasuk NGO, pensyarah dan pelajar IPT, penggiat pelancongan, pemandu pelancong, pegawai kerajaan dan peserta termuda adalah seorang pelajar berusia 15 tahun.

Bagi blogger, pengalaman sepanjang seminar ini amat bermanfaat dan memberi banyak idea baru dan perkongsian pandangan yang boleh memberi impak dan kesan postif dalam meningkatkan lagi pelancongan eko dan marin untuk terus maju dan dalam masa yang sama alam sekitar tetap terpelihara.

Syabas PPNT terutama Pengerusi TEMCO 2012, Encik Alex yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan seminar ini buat kali ketiga dan ianya akan diteruskan di tahun-tahun seterusnya.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog