Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2012, Kuala Lumpur
Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2012 yang di adakan pada 1 Disember 2012 sempena dengan pameran MAHA 2012 di Palm Garden Resort, Kuala Lumpur bakal menentukan hala tuju dan penerokaan baru dalam industri pelancongan di Malaysia. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Dato' Hashim Abdullah, MAHA 2012 itu sendiri adalah produk Agro Pelancongan dan akan menjadi model produk Agrotourism. Produk agropelancongan di negara ini sememangnya mempunyai potensi yang amat besar dalam industri pelancongan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara. Apa yang penting adalah kita perlu fokus untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan supaya lebih mesra pelanggan serta mampu memberi kepuasan kepada pelancong dan pengunjung, kata beliau lagi. Beliau turut merasmikan seminar tersebut dan seterusnya melancarkan penubuhan Persatuan Agro Pelancongan Malaysia (Agro Tour) bagi menggiatkan lagi aktiviti dan produk agro pelancongan di negara ini. ...