LA Hot Spring Besut, keunikan air panas dan air sejuk
kehebatan kuasa Allah dan anugerah alam pada manusia Mata air panas Kg La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring di Besut, Terengganu telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu pada zaman pemerintahan British. Dengan keadaan pada masa itu ditengah hutan belantara, maka tiada sesiapa yang mengunjunginya. Keadaan mula berubah apabila pembukaan tanah rancangan persekutuan atau FELDA iaitu di Felda Tenang, ia memudahkan orang ramai untuk berkunjung dan sampai ke sini. Dari hari ke hari kemudahan jalan masuk serta kemudahan asas di sini telah ditingkatkan dan dibangunkan secara berperingkat. airnya yang jernih dan tenang sesuai untuk perkelahan keluarga Air panas yang keluar daripada sumber mata air di sini mempunyai darjah kepanasan yang berbeza iaitu di antara 50 'C hingga 75'C. Inilah mata air yang boleh merawat pelbagai penyakit di kolam air panas La Ia dikatakan mampu merawat penyakit saraf seperti stroke serta angin ahmar, penyaki...