Sempat Menyinggah di LA Hot Spring, Besut

Cuti sekolah baru-baru ini, blogger sempat membawa anak-anak dan anak saudara untuk mandi manda di LA Hot Spring @ Kolam Air panas LA, Besut, Terengganu.

Anak-anak cukup gembira jika dibawa ke sini. Tiba saja di sana kelihatan ramai juga pengunjung telah da sedang seronok berkelah. Airnya cukup sejuk namun keseronokan untuk mandi juga kuat.

Apa yang menggembirakan hati blogger adalah air sungainya sentiasa jernih, bersih dan terjaga. Di harap ianya berterusan untuk generasi akan datang.

Terdapat juga pembinaan chalet baru berhampiran tempat letak kenderaan.

Di kawasan kolam air panas terdapat ramai juga pengunjung yang merendam kaki dan badan sekali. Memang terasa hangatnya air panas di sini. Di katakan ianya amat baik dan bagus sekali bagi perjalanan darah serta mengaktifkan saraf-saraf dan urat-urat terutama di kawasan refleksi kaki.







Bagi mereka yang diluar Terengganu, ia terletak di daerah Besut. Bagi mereka dari Kuala Terengganu, boleh ke sana melalui simpang Jabi -Pasir Akar dan terus ke Hulu Keruak dan tiba di Kg La, akan terpandang simpang ke LA Hot spring. 

Manakala bagi mereka dari Utara atau Kota Bharu, boleh melalui bandar Jerteh - Pasir Akar dan terus menghala ke Hulu Keruak, Kg La.

Comments

kunan said…
Saya dah bawa rombongan pelajar sekolah ke sana. Musykil sikit kerana tempat itu tidak dibangunkan sewajarnya. Manakala faktor keceriaan dan kecantikan serta kawalan kebersihan tidak diutamakan.
admin said…
lama dah tak singgah di sana, kita juga berharap pihak yang menjaga kawasan di sana dapat menjaga dan meningkatkan lagi tahap kebersihan dan keselamatan supaya tempat yang mempunyai daya tarikan terus terpelihara.
Terima kasih atas komen dan jika berpeluang blogger akan sampaikan kepada pihak berkenaan

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog