Posts

Showing posts with the label aneh

Kisah nama terpanjang di Malaysia.

Image
  Ini pun satu lagi kegilaan pelik ibu bapa zaman mutakhir ini iaitu memberi nama anak sampai 4 hingga 5 rangkap macam nak buat pantun. Nama anak yang dikatakan terpanjang di Malaysia ini adalah Princess Aura Nurr Etmily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian. Kalau perasan, apabila imam membaca talqin akan di sebut wahai Si Fulan Binti nama ibunya. Begitu juga apabila anak ini meninggal kelak ataupun semasa berlangsungnya majlis akad nikah, tentu kelam kabut dibuatnya. Akhirnya di panggil 'mek' je senang.... Mek weeeh. Ada satu lagi kisah aneh iaitu nama bandaraya terpanjang di dunia adalah nama penuh bandaraya Bangkok yang tercatat dalam buku Guiness Book Of Record.. nanti kita cari kisahnya. Buku Guiness ini adalah antara buku kegemaran admin sejak sekolah rendah lagi.

Bayi kembar lahir hanya kepala tanpa badan di Tawau meninggal dunia

Image
TAWAU – Saya redha dan ini kuasa Allah, itu antara luahan seorang bapa, Nelson Ahajul 33 tahun, apabila menerima bayi kembar perempuan yang seorangnya dalam keadaan sempurna manakala seorang lagi tidak normal. Kembar yang lahir selang masa 2 minit itu, hanya dalam bentuk kepala, mempunyai rambut, serta mulut dan mata yang juga tidak sempurna. Menurut Nelson, anak pertamanya lahir kira-kira pukul 2 pagi disusuli anak yang kedua, 2 minit kemudian, bagaimanapun anak kedua mereka tidak sempurna kerana hanya memiliki kepala, mulut, mata dan rambut. Ketika ditemui pemberita RTM di rumahnya di Kampung Baru Batu 4 Jalan Apas Tawau, Nelson menceritakan detik kelahiran anak kembarnya. “Kami tidak sedar, lepas tu macam kata bidankan, dia cuci dia mau tau benda tu apa, pagi baru saya tau, macam mana, kira budak juga kan, “katanya Menurut Nelson, sejurus selepas dilahirkan, bayi malang itu disahkan oleh imam sudah tidak bernyawa. Sehubungan itu, bayi tersebut akan dikebumikan di tanah...

Pengunjung blog