Bayi kembar lahir hanya kepala tanpa badan di Tawau meninggal dunia

(GAMBAR) Bayi kembar lahir hanya kepala tanpa badan di Tawau meninggal dunia

TAWAU – Saya redha dan ini kuasa Allah, itu antara luahan seorang bapa, Nelson Ahajul 33 tahun, apabila menerima bayi kembar perempuan yang seorangnya dalam keadaan sempurna manakala seorang lagi tidak normal. Kembar yang lahir selang masa 2 minit itu, hanya dalam bentuk kepala, mempunyai rambut, serta mulut dan mata yang juga tidak sempurna.
Menurut Nelson, anak pertamanya lahir kira-kira pukul 2 pagi disusuli anak yang kedua, 2 minit kemudian, bagaimanapun anak kedua mereka tidak sempurna kerana hanya memiliki kepala, mulut, mata dan rambut.
Ketika ditemui pemberita RTM di rumahnya di Kampung Baru Batu 4 Jalan Apas Tawau, Nelson menceritakan detik kelahiran anak kembarnya.
“Kami tidak sedar, lepas tu macam kata bidankan, dia cuci dia mau tau benda tu apa, pagi baru saya tau, macam mana, kira budak juga kan, “katanya
(GAMBAR) Bayi kembar lahir hanya kepala tanpa badan di Tawau meninggal dunia
Menurut Nelson, sejurus selepas dilahirkan, bayi malang itu disahkan oleh imam sudah tidak bernyawa. Sehubungan itu, bayi tersebut akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Nelson yang merupakan warga asing itu berkata, isterinya Nurhaya Karim yang juga berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang komplikasi ketika mengandungkan bayi berkenaan. Kelahiran bayi kembar tersebut adalah merupakan anak yang ke 9 dan 10 pasangan tersebut.

(GAMBAR) Bayi kembar lahir hanya kepala tanpa badan di Tawau meninggal dunia
Menurutnya, memandangkan kesusahan hidup, isterinya tidak pernah mendapatkan pemeriksaan dari klinik kesihatan ibu dan anak sepanjang melahirkan kesemua anak-anaknya.
Anak ke-10 lahir, bayi kembar tidak memiliki badan tersebut tular di laman sosial facebook sejak pukul 11 pagi tadi dan kru RTM berkesempatan bertemu ibu bayi kembar berkenaan.
#BESTAWAUfm
Sumber the rakyat 
#syahril a akdir
#setiupost

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog