Posts

Showing posts with the label artis

Datuk Farid Kamil disahkan positif ganja...alahai

Image
KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja selepas didakwa melakukan kekecohan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit. “Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. “Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara. Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. – K! ONLINE admin: kalau sudah menjadi public figure, sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Baru saja dapat anugerah akan teta...

Filem Baru Astro Shaw 'POLIS EVO' akan menjalani pergambaran di Terengganu

Image
metrowealthpictures.net Sebuah filem baru Astro Shaw akan melakukan pergambaran di negeri Terengganu pada September ini. Filem 'POLIS EVO' ini akan dibintangi oleh artis kelahiran Terengganu Zizan Razak, Shaheizi Sam, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Bront Palarae serta Datuk AC Mizal dan ramai lagi akan menjalani pergambaran di beberapa lokasi di negeri Terengganu seperti Kuala Terengganu, Besut dan Setiu. Pergambaran dijangka akan dimulakan pada September ini akan menampilkan banyak adegan aksi yang menarik serta elemen komedi yang mencuit hati dua personaliti yang berbeza iaitu dari bandar dan kampung dan bergabung untuk membanteras jenayah. Ia juga sebuah filem yang menjulang nilai persahabatan dan nilai kekeluargaan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Sama-sama kita tunggu hasil pergambaran filem ini dalam sedikit masa lagi. Ia juga sedikit sebanyak akan membantu mempromosikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai lokasi dan prop yang m...

Pengunjung blog