Filem Baru Astro Shaw 'POLIS EVO' akan menjalani pergambaran di Terengganu




Sebuah filem baru Astro Shaw akan melakukan pergambaran di negeri Terengganu pada September ini. Filem 'POLIS EVO' ini akan dibintangi oleh artis kelahiran Terengganu Zizan Razak, Shaheizi Sam, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Bront Palarae serta Datuk AC Mizal dan ramai lagi akan menjalani pergambaran di beberapa lokasi di negeri Terengganu seperti Kuala Terengganu, Besut dan Setiu.

Pergambaran dijangka akan dimulakan pada September ini akan menampilkan banyak adegan aksi yang menarik serta elemen komedi yang mencuit hati dua personaliti yang berbeza iaitu dari bandar dan kampung dan bergabung untuk membanteras jenayah.

Ia juga sebuah filem yang menjulang nilai persahabatan dan nilai kekeluargaan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.

Sama-sama kita tunggu hasil pergambaran filem ini dalam sedikit masa lagi.

Ia juga sedikit sebanyak akan membantu mempromosikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai lokasi dan prop yang menarik untuk pergambaran filem dengan pelbagai latar belakang semula jadi yang menarik. Seterusnya akan menjana pendapatan kepada penduduk tempatan melalui penginapan, makan minum, cenderahati, buah tangan dan sebagainya. Dan seterusnya memperkenalkan lagi Terengganu ke mata dunia.

sumber: astro shaw

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog