Posts

Showing posts with the label belangkas

Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu... keunikan Setiu Wetland

Image
Laguna agro resort terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu Bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan di sinilah tempatnya Keunikan Setiu Wetland terserlah disini dan anda dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah, lokan dan kerang sendiri Juga bagi kaki pancing, siakap putih, siakap merah dan kerapu menanti anda Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah marin dan ekosist em alam Berlindung disini adalah pelbagai hidupan yang kian terancam seperti tuntung laut (batagur borneonsis), tuntung sungai (batagur affinis) dan penyu agar (chelonia mydas) Setiu wetland merupakan salah satu tempat di dunia yang mempunyai populasi yang tinggi bagi tuntung laut #setiupost #setiuwetland #lagunaagroresort #visitbeautifulterengganu2 018

Pelepasan belangkas, tuntung dan ketam nipah di Galeri Wetlands Kg Gong Batu, Setiu, Terengganu...usaha pemuliharaan untuk generasi akan datang

Image
Hari ini pada 8 Mei 2017 telah dibuat pelepasan tuntung sungai (river terrapin), belangkas (shoe crab) dan juga ketam nipah (mud crab0 di Galeri Wetland, Kg Gong Batu yang di uruskan oleh Peladang Setiu AGro Resort. Pelepasan itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Puan Norison di sini petang ini. Galeri ini akan menempatkan hidupan wetland seperti tuntung, belangkas, ketam nipah, ikan marin serta pelbagai lagi hidupan wetlands supaya mudah dilihat oleh pengunjung apabila berkunjung ke sini nanti. Galeri ini buat masa sekarang masih belum dibuka kepada orang ramai dan akan diumumkan apabila beroperasi penuh kelak. Pengunjung yang datang ke sini nanti juga boleh menaiki bot untuk menikmati keindahan wetland dengan kadar pakej yang berpatutan. Wetlands Setiu adalah kawasan yang amat kaya dengan hidupan marin dan merupakan habitat kepada dua spesis tuntung yang terancam iaitu Tuntung Sungai (river ...

Pengunjung blog