Pelepasan belangkas, tuntung dan ketam nipah di Galeri Wetlands Kg Gong Batu, Setiu, Terengganu...usaha pemuliharaan untuk generasi akan datang

Image may contain: 1 person, sitting, outdoor, water and nature

Hari ini pada 8 Mei 2017 telah dibuat pelepasan tuntung sungai (river terrapin), belangkas (shoe crab) dan juga ketam nipah (mud crab0 di Galeri Wetland, Kg Gong Batu yang di uruskan oleh Peladang Setiu AGro Resort.

Pelepasan itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Puan Norison di sini petang ini.

No automatic alt text available.

Galeri ini akan menempatkan hidupan wetland seperti tuntung, belangkas, ketam nipah, ikan marin serta pelbagai lagi hidupan wetlands supaya mudah dilihat oleh pengunjung apabila berkunjung ke sini nanti.

Galeri ini buat masa sekarang masih belum dibuka kepada orang ramai dan akan diumumkan apabila beroperasi penuh kelak.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Pengunjung yang datang ke sini nanti juga boleh menaiki bot untuk menikmati keindahan wetland dengan kadar pakej yang berpatutan.

Wetlands Setiu adalah kawasan yang amat kaya dengan hidupan marin dan merupakan habitat kepada dua spesis tuntung yang terancam iaitu Tuntung Sungai (river terrapin) dan Tuntung Laut (painted terrapin).

Image may contain: plant, outdoor, nature and water

Image may contain: one or more people, shorts, outdoor, water and nature

Di harap dengan pembukaan galeri ini nanti akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan baru di Daerah Setiu.

#setiupost
#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog