Posts

Showing posts with the label dato' mohd jidin

Kerajaan anjur kejohanan jetrace di pantai Batu Buruk

Image
Oleh; Esah Abdullah  Kerajaan negeri akan menganjurkan kejohanan ‘Terengganu World Jetrace Challenge’ untuk kali ke-4 di pantai peranginan Batu Buruk bermula 21 hingga 23 Jun depan. Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee akan mengadakan sidang media mengenai pertandingan pada 21 Jun di Primula Hotel jam 11 pagi.  “Majlis perasmian akan dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 21 Jun diperkarangan kolam renang Hotel Primula jam 8 malam manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah pada 23 Jun jam 4.30 petang,” katanya. Katanya, kejohanan bertaraf dunia itu berlangsung selama tiga hari dengan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara sekali gus mampu melonjakkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan popular di peringkat antarabangsa. -Teganu Kita

Pulau Bidong jadi pulau warisan negeri

Image
Kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam. Pulau Bidong suatu ketika dahulu Bagi merealisasikan impian itu, beberapa infrastruktur akan ditambah selain kerja-kerja pembersihan selain memelihara khazanah yang terdapat di pulau itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke pulau-pulau di kawasan Pulau Bidong baru-baru ini. “Kita akan menjadikannya sebagai pulau pusat rekreasi sejarah selain membolehkan penggiat sejarah meneruskan kajian mereka terhadap peninggalan masyarakat terdahulu,” katanya. Datuk Mohd Jidin berkata walaupun pulau berkenaan dibuka untuk kunjun...

Generasi muda perlu celik budaya- Exco Pelancongan Terengganu

Image
Oleh: Esah Abdullah Kehebatan dan tahap pemikiran tinggi orang-orang terdahulu perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka sentiasa berdiri di paksi yang betul. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee (gambar)  berkata, mereka boleh mengaplikasikan segala pemikiran serta teknologi peninggalan ini dalam kehidupan mereka.  “Pamerkan kepada mereka tahap keilmuan serta tahap keintelektual nenek moyang kita agar generasi muda hari ini sentiasa menjadi manusia yang faham sejarah serta celik budaya,” katanya ketika merasmikan majlis Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT)) di Losong semalam.. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah LMNT. Haji Mohd Yusof Abdullah. Menurutnya, dalam konteks masyarakat moden hari ini, tiga elemen iaitu inovasi, kreativiti dan tradisional menjadi penting dan semakin signifikan dalam usaha kita membentuk masya...

Pengunjung blog