Generasi muda perlu celik budaya- Exco Pelancongan Terengganu


Oleh: Esah Abdullah

Kehebatan dan tahap pemikiran tinggi orang-orang terdahulu perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka sentiasa berdiri di paksi yang betul.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee(gambar) berkata, mereka boleh mengaplikasikan segala pemikiran serta teknologi peninggalan ini dalam kehidupan mereka. 

“Pamerkan kepada mereka tahap keilmuan serta tahap keintelektual nenek moyang kita agar generasi muda hari ini sentiasa menjadi manusia yang faham sejarah serta celik budaya,” katanya ketika merasmikan majlis Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT)) di Losong semalam..

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah LMNT. Haji Mohd Yusof Abdullah.

Menurutnya, dalam konteks masyarakat moden hari ini, tiga elemen iaitu inovasi, kreativiti dan tradisional menjadi penting dan semakin signifikan dalam usaha kita membentuk masyarakat berilmu, maju dan berdaya saing.

Katanya, penghayatan dan penghargaan kepada kebijaksanaan nenek moyang kita menghasilkan sesuatu ciptaan dalam kehidupan seharian amat penting agar kita tidak mudah hilang arah.

“Datuk nenek kita telah melaksanakan aspek inovasi serta kreativiti sekian lama iaitu semenjak mereka berinteraksi dengan alam dan melaksanakan proses kreativiti dalam semua bidang sama ada ekonomi, pembinaan, pembuatan, perubatan dan kraf,” katanya.

Sebagai contoh katanya, untuk pembinaan sebuah rumah, bermula dari pemilihan tapak yang sesuai, mengenakan tiang yang tinggi agar tidak terkesan dengan banjir serta mengelak daripada ancaman binatang buas.

“Saya lihat sistem ini amat berkesan, berbeza dengan sistem binaan moden hari ini dan inilah yang dikatakan kreativiti serta inovasi yang telah diaplikasikan dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau melahirkan rasa yakin, usaha murni untuk memertabatkan inovasi serta kreativiiti tradisional akan berjaya jika digembeling secara bijaksana serta bahan dalam pameran kali ini hendaklah mampu dijadikan pengerak ketamadunan inovasi tradisional.





-Teganu Kita

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog