Posts

Showing posts with the label desa ukiran kayu

TEMCO- Terengganu International Eco & Marine Tourism Conference 2017, 10 - 11 Oktober 2017

Image
Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasam Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Seminar TEMCO buat kali yang ke 7 pada 10 hingga 11 Oktober 2017 bertempat di Primula Beach hotel, Kuala Terengganu. Seminar kali ini akan memfokuskan tentang sustainabiliti dan idea-idea yang praktikal dalam memberi inspirasi positif kepada pelancongan eko dan marin di Terengganu. Program seminar memang menarik dan sebagaimana berikut: uesday, 10 October 201 7 0800-0830 AM 0900-0930 AM 0930-1000 AM Participants Registration Opening Ceremony & Keynote Address by Tourism Exco Tea Break / Press conference 1000-1100 AM Session 1 “The Economics of Fish Conservation” by Christopher John Mcliravy 1100-1200 PM Session 2 “The Role of Ecotourism in Local Environmental  Conservation and Socioeconomic Development” by Associate Prof. Dr Jamilah Mohd Salim @ Halim, Deputy Director (Lake, Wetland and Island Ecosystems), Kenyir Research Institute, Universiti M...

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Image
Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long yang terletak di Kg Raja, Besut, Terengganu adalah legasi warisan seni pertukangan dan ukiran kayu  Melayu yang hebat. Gerbang masuk yang melambangkan gahnya seni ukiran Melayu Ia umpama sekolah warisan yang meneruskan tradisi kehebatan ukiran tukang-tukang Melayu dahulu dalam meneruskan kesinambungan untuk generasi akan datang. Istana Bumbung Limah Antara hasil kerja pelajar seni ukir Dengan binaan senibina warisan berasaskan Bumbung Limah, Potong Belanda dengan diukir serta binaan pasaknya, ia boleh menjadi rujukan dalam mengkaji kehebatan binaan Melayu lama. Begitu halus dan teliti hasil seni ukiran Melayu Di sini juga terdapat Sekolah Ukir atau kursus ukiran untuk anak-anak muda yang berminat meneruskan warisan tradisi seniukir Melayu. Ia adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU Terengganu). Taklimat oleh Encik Zulkarnain kepada peserta Jejak Warisan jelajah Besut ...

Jejak Warisan Jelajah Besut 13 hingga 14 Jun 2012 , besar sekali potensi pelancongan kita

Image
Program Jejak Warisan Jelajah Besut telah di adakan pada 13 hingga 14 Jun 2012. Ia telah dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Pelancongan dan Tourism Malaysia Terengganu Ia disertai oleh ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada pengusaha pelancongan, kraftangan, hotel, resort, pemandu pelancongan dan pelbagai latar belakang yang berkaitan. Di Lata Tembakah, Hulu Besut, Terengganu Program ini bukan sahaja merapatkan lagi hubungan di antara ahli persatuan, malah ia memberi pengalaman baru melancong dalam negeri sendiri yang mempunyai pelbagai destinasi dan tempat yang menarik yang mampu menarik pelancong luar untuk ke Terengganu. Ia juga sebagai wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam memajukan lagi pelancongan di negeri Terengganu serta mengenal pasti masalah dan dilemma dalam industri serta jalan penyelesaiannya. Di antara destinasi yang dikunjungi dalam jelajah kali ini adalah: P...

Pengunjung blog