iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 16 June 2012

Jejak Warisan Jelajah Besut 13 hingga 14 Jun 2012 , besar sekali potensi pelancongan kita



Program Jejak Warisan Jelajah Besut telah di adakan pada 13 hingga 14 Jun 2012. Ia telah dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Pelancongan dan Tourism Malaysia Terengganu

Ia disertai oleh ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada pengusaha pelancongan, kraftangan, hotel, resort, pemandu pelancongan dan pelbagai latar belakang yang berkaitan.

Di Lata Tembakah, Hulu Besut, Terengganu
Program ini bukan sahaja merapatkan lagi hubungan di antara ahli persatuan, malah ia memberi pengalaman baru melancong dalam negeri sendiri yang mempunyai pelbagai destinasi dan tempat yang menarik yang mampu menarik pelancong luar untuk ke Terengganu.

Ia juga sebagai wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam memajukan lagi pelancongan di negeri Terengganu serta mengenal pasti masalah dan dilemma dalam industri serta jalan penyelesaiannya.

Di antara destinasi yang dikunjungi dalam jelajah kali ini adalah:
  • Peladang Setiu Agro Resort
  • Homestay Felda Selaseh
  • LA Hot Spring, Kg La, Hulu Besut
  • Lata Tembakah & Chalet Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
  • Desa Ukiran Kayu Tg Long, Kg Raja Besut
  • Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut
  • FRI Tg Demong, Bukit Keluang, Besut
  • Pantai Bukit Keluang
  • Projek Ikan Sangkar, Gong Batu, Setiu
  • Nurseri Bakau dan Nipah Kg Pengkalan Gelap, Setiu

Walaupun tempoh lawatan ini hanyalah 2 hari 1 malam, namun ia memberi pengalaman dan maklumat yang cukup berharga. Banyak maklumat dan informasi penting yang boleh dipelajari sepanjang lawatan ini.

Di Homestay Felda Selaseh, Besut
Kita berharap bukan sahaja setiap tempat yang dilawati mempertingkatkan lagi kemudahan dan tahap kebersihan serta kesediaan menerima tetamu, juga jalinan hubungan antara peserta lawatan akan memberi impak yang besar dalam memacu pelancongan Terengganu dalam jangka masa panjang.

Kita juga berharap pihak persatuan PPNT terus menjadi penggerak dalam meneroka destinasi kecil lain yang menarik dan mampu menjadi destinasi yang besar hasil dari program jelajah sebegini.

Di LA Hot Spring, Kg La, Hulu Besut, Besut, Terengganu
Sekalung tahniah untuk PPNT dan wargakerjanya termasuk ketua rombongan, Encik Fadhil, Puan Suriani, Encik Syed, Tuan Haji Wan Ariffin serta semua peserta yang menyertai program ini.

2 comments:

Unknown said...

Boleh saya tau tak contact number jkk bukit keluang besut?

Unknown said...

Boleh saya tau tak contact number jkk bukit keluang besut?

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog