Posts

Showing posts with the label ekosistem

400 Hektar Kawasan Setiu Wetland Diwartakan

Image
Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri kelmarin dimana untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan. “Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu. “Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya. Beliau ber...

Keunikan Setiu Wetland

Image
Keunikan Setiu Wetland Satu satunya tanah lembab atau paya becah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu, laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Menjadi tempat pembiakan terbesar tuntung di Malaysia dari spesis 'Painted Terrapin'. Ia juga menjadi tempat pendaratan penyu hijau iaitu 'Chelonia Mydas di kawasan Setiu Wetland ini. Malah kawasan ini juga membekalkan benih-benih kerapu dan tiram yang menjadi sumber rezeki nelayan di kawasan Wetland Setiu ini. Sememangnya ia unik dan perlukan pemuliharaan yang intensif bagi mengekalkan keunikan dan sumber ekosistem untuk suatu jangka masa yang panjang. Kini satu lagi tarikan baru pelancongan di kawasan ini adalah memerhati burung (bird wathing) yang sememangnya memiliki jumlah burung yang banyak dan unik dan belum diteroka sepenuhnya. Dan dikatakan terdapat burung dari Siberia dan Mongolia yang singgah di sini dan kawasan...

Pengunjung blog