iklan nuffnang

Thursday, 9 April 2015

400 Hektar Kawasan Setiu Wetland Diwartakan

4

Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri kelmarin dimana untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan.
“Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu.
“Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Setiu Wetland di Setiu, hari ini.
9
Menurut Ahmad Razif, pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada kerajaan pusat berkenaan permohonan berjumlah kira-kira RM9.1 juta bagi membangunkan keseluruhan kawasan yang dicadangkan sebagai Taman Negeri itu.
Katanya, selain kerajaan negeri, pihak yang terlibat sepenuhnya dalam merencanakan pembangunan di kawasan Setiu Wetland adalah ECERDC, Jabatan Perhutanan serta Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
“Kita juga mendapat khidmat nasihat dari segi pembangunan kawasan dan penyelidikan tentang pemuliharaan alam semulajadi yang dikendalikan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
“Mengikut kajian yang dibuat UMT tahun lalu, setiap kawasan dengan keluasan 400 hektar di Setiu Wetland, nilai asetnya bernilai kira-kira RM1·5 juta,” ujarnya.
norainijusoh@teganukita

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog