Posts

Showing posts with the label festival tasik kenyir

Festival Tasik Kenyir 2014 telah bermula

Image
Festival selama sebulan bermula 29 April sehingga 29 Mei 2014 ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Island Hoping, Menaiki Helikopter dan bermacam-macam lagi. Rancang program anda sekeluarga untuk mengunjungi Festival Tasik Kenyir ini. Juga pastikan anda membuat persediaan kerana kawasan meletak kenderaan adalah diluar kawasan festival dan kenderaan disediakan untuk membawa anda ke tapak festival. Di antara tarikan utama adalah jualan barangan Bebas Cukai daripada Kumpulan Ismail Group Langkawi yang mengadakan jualan hebat dari kilang dan bermacam-macam lagi.

Terengganu bantu jayakan Tahun Melawat Malaysia 2014

Image
Suriati Ali Gambar oleh Zulkipli Putra Datuk Mohd Jidin Sebagai langkah membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, Kerajaan Terengganu tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan program itu dengan menganjurkan Festival Kenyir 2014. Program mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dijangka berlangsung selama selama sebulan, bermula 29 April hingga 29 Mei, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.  Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata, penganjuran itu amat bertetapan seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan tasik tersohor sebagai pulau bebas cukai 2015, selain menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama pada masa akan datang.  “Kami juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memperoleh kebenaran berlesen daripada pengusaha besar untuk menjalankan perniagaan di tasik itu.  “Selain penguasaha kedai bebas cukai, pelbagai acara akan diadakan termasuk...

Pengunjung blog