iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 10 February 2014

Terengganu bantu jayakan Tahun Melawat Malaysia 2014


Suriati Ali
Gambar oleh Zulkipli Putra
Datuk Mohd Jidin
Sebagai langkah membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, Kerajaan Terengganu tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan program itu dengan menganjurkan Festival Kenyir 2014.

Program mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dijangka berlangsung selama selama sebulan, bermula 29 April hingga 29 Mei, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

 Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata, penganjuran itu amat bertetapan seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan tasik tersohor sebagai pulau bebas cukai 2015, selain menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama pada masa akan datang. 

“Kami juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memperoleh kebenaran berlesen daripada pengusaha besar untuk menjalankan perniagaan di tasik itu.

 “Selain penguasaha kedai bebas cukai, pelbagai acara akan diadakan termasuk persembahan muzik keislaman, persembahan kebudayaan, pameran jabatan, peluang menaiki helikopter dan menyaksikan 'power boat' dan pentunjukan udara,”katanya.

 Katanya, beberapa penambahbaikan dilakukan terutama membabitkan aspek pengangkutan awam dan kemudahan laia di tasik dan pulau peranginan berkenaan.

 “Kami juga akan mengambil kira runggutan terutama membabitkan penginapan, sistem pembentungan, elektrik, air dan bahan kumbahan yang boleh mencemarkan alam sekitar di tasik itu,” katanya
.

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog