Posts

Showing posts with the label hulu kekabu

Sudah tiba musimnya... Pulut santan Durian.. nikmatnya

Image
  Apabila tiba musim durian, pelbagai keinginan mula timbul terutama nak makan Durian bersama pulut dan santan. Nikmatnya Ya Allah... Nikmat dan rasanya lain macam. Adunan durian, pulut dan lemak santan bersama sedikit nissan atau gula memang menggamit rasa. Lebih enak dimakan dengan tangan. Nak mengharapkan beli durian dengan harga yang agak mahal, jadi kita tunggu masa luruh dari kebun nanti. Walaupun sekadar durian kampung tapi isinya dan rasanya menawan. Setiap musim ada saja pelanggan setia yang menunggu untuk membelinya. Jual jual murah murah agak puas hati makan. Kebun tidak lah luas sekadar 1 ekar setengah sahaja tapi alhamdulilah seronok berkebun apatah lagi dengan lokasinya ditepi sungai. Nanti ada sedikit bajet kita cantikkan kawasan tepi sungai supaya mudah nak turun mandi sungai dan juga akan dibuat sebuah pondok atau rumah kebun untuk berkelah dan piknik di kebun.

Kawasan Rekreasi Hulu Kekabu, Setiu

Image
Destinasi yang ingin blogger perkenalkan kali ini adalah Kawasan Rekreasi Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu . Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh melalui samada melalui simpang empat Kg Guntung Luar dan menuju ke Pancur Merah/ Hulu Kekabu atau simpang Agro Resort dan terus menghala ke Hulu Kekabu. Berdekatan dengan jambatan di simpang Kg Hulu Kekabu, terus masuk melalui kampung Hulu Kekabu. Kawasan rekreasi Hulu Kekabu ini masih agak baru bagi pengunjung luar dan ianya masih terpelihara dengan baik dan belum tercemar. Air sungai yang jernih dan cetek amat sesuai dan selamat untuk mandian seisi keluarga. Anda boleh mandi tanpa gangguan. Dikawasan ini juga telah dibangunkan Tapak Perkhemahan serta 4 unit chalet dimana 2 daripadanya masih dalam pembinaan. Ia di usahakan oleh Encik Zainuddin Jaafar, seorang anak tempatan. Apa yang menarik, sekeliling kawasan ini dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian, rambutang serta dokong. Turut terdapat pokok petai dan berang...

Pengunjung blog