iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 24 September 2010

Kawasan Rekreasi Hulu Kekabu, Setiu









Destinasi yang ingin blogger perkenalkan kali ini adalah Kawasan Rekreasi Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu. Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh melalui samada melalui simpang empat Kg Guntung Luar dan menuju ke Pancur Merah/ Hulu Kekabu atau simpang Agro Resort dan terus menghala ke Hulu Kekabu. Berdekatan dengan jambatan di simpang Kg Hulu Kekabu, terus masuk melalui kampung Hulu Kekabu.


Kawasan rekreasi Hulu Kekabu ini masih agak baru bagi pengunjung luar dan ianya masih terpelihara dengan baik dan belum tercemar. Air sungai yang jernih dan cetek amat sesuai dan selamat untuk mandian seisi keluarga. Anda boleh mandi tanpa gangguan.


Dikawasan ini juga telah dibangunkan Tapak Perkhemahan serta 4 unit chalet dimana 2 daripadanya masih dalam pembinaan. Ia di usahakan oleh Encik Zainuddin Jaafar, seorang anak tempatan.


Apa yang menarik, sekeliling kawasan ini dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian, rambutang serta dokong. Turut terdapat pokok petai dan berangan.

Kawasan ini amat sesuai bagi anda yang gemar aktiviti berkhemah, atau untuk mengadakan program BBQ sehari ataupun tempat berkumpul seisi keluarga sambil berkelah. Maklumat lanjut tempat ini bolehlah berhubung terus dengan pengusaha kawasan rekreasi ini , Encik Zainuddin Jaafar di talian 0139433901.

Dengan wujudnya satu lagi destinasi baru pelancongan, di harap ia mendapat perhatian pihak berwajib dan berkuasa tempatan bagi sama-sama meningkatkan lagi kemudahan pelancongan di sini.



Terengganu Welcomes The World

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog