Posts

Showing posts with the label ibadat

Pesanan buat bakal haji.. syarat kesihatan baru

Image
  Buat bakal bakal haji syarat kemampuan semakin sukar dan ketat kena.plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji. Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi. 1. Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan dibuka di Tanah Suci. Semua Jemaah Haji yang sakit akan dirujuk ke hospital Saudi. 2. Bilangan Petugas Kesihatan Haji akan dikurangkan. 3. Tiada lagi Safari Wuquf untuk pesakit yang uzur. Pesakit yang masuk wad tidak berpeluang untuk melaksanakan wuquf. 4. Tiada lagi kuota pengiring untuk jemaah uzur. Pengecualian hanya untuk kes Dementia ringan (Nyanyuk). Sehubungan itu pemeriksaan haji akan menekankan aspek kebolehan untuk bakal haji berdikari dan cergas untuk lakukan ibadah haji di Tanah Suci. Bakal jemaah haji boleh bergerak tanpa bergantung bantuan orang lain. Jadi kriteria LULUS pemeriksaan kesihatan haji akan diperketat. Antara contoh-contoh secara AUTOMATIK akan GAGAL pemeriksaan haji. 1. Berat Badan Unggul (BMI) >37.5 2. Kencin...

Solat ketika rawatan dialisis, bagaimana?

Image
  Kuliah ilmu Solat Ketika Rawatan Dialisis Dalam isu di atas, kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kesembuhan dan keringanan kepada mereka terpaksa yang menjalani proses dialisis. Kita memahami bahawa proses dialiasis boleh mengambil masa yang lama. Oleh sebab itu, kesannya bukan sahaja kepada keletihan fizikal, bahkan kesan kepada kestabilan mental juga. Hal ini mungkin memberi kesan kepada golongan tua untuk menunaikan solat. Seseorang itu lebih mengetahui keadaan dirinya. Kami mencadangkan penyelesaian utama ialah dengan membawa perbincangan bersama doktor yang merawat untuk menetapkan waktu rawatan pada waktu pagi supaya tidak menganggu waktu solat. Jika tidak boleh, penyelesaiannya kita lihat melalui dua keadaan: Pertama: Seseorang itu boleh solat dalam keadaan duduk ketika proses rawatan dialisis dilaksanakan kerana ada keperluan. Justeru, tidak perlu untuk menjamakkan atau menqadakan solat fardu Asar tetapi dilaksanakan mengikut kemampuan. Daripada Imran bin Hussein RA:...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Image
  Pagi Jumaat hari ni 1 Nov 2024, selepas subuh menerima jemputan Timbalan Pengerusi Surau Al Faizeen Abang Joe bagi majlis tahnik atau orang tua panggil belah mulut cucu beliau yang ke 5 di Kg Tasik, Setiu. Majlis tahnik ini adalah satu sunnah Nabi SAW bersama Tasmiah dan beri.makan pada bayi. Di majlis ini juga berkesempatan mendengar tazkirah ringkas daripada Al Fadhil Ustaz Dr Sudirman , pensyarah UCB berkaitan Majlis tahnik ini iaitu pencerahan di antara ibadah dan adat. Sunnah bagi setiap kelahiran adalah memberi nama atau tasmiah, tahnik memberi makan serta mencukur rambut bayi dan afdhalnya pada hari ke 7. Kemudian rambut bayi tersebut ditimbang dan disedeqahkan berdasarkan berat dengan harga emas atau perak jika mampu atau sekadarnya. Juga sunnah diadakan aqiqah kepada bayi tersebut. Yang menjadi adat adalah memanggil jiran jiran serta sahabat handai dan dijamu makan. Juga menjadi adat pada kita menjemput atau pergi kepada tokoh tokoh agama atau tuan guru untuk bertahnik d...

Pengunjung blog