Posts

Showing posts with the label jariah

Nikmati Daging Kibas Di TH Hotel

Image
Sempena Ramadan TH Hotel & Convention Centre Terengganu sekali lagi menawarkan pakej hidangan istimewanya iaitu kibas. Pengurus Besar hotel tersebut, Engku Morris Engku Hussin berkata, pihaknya memperkenalkan hidangan tersebut tiga tahun berturut-turut bermula 2013. “Sajian kibas merupakan antara hidangan istimewa yang terdapat di TH Hotel dan ianya sukar didapati di tempat lain. “Harga bagi buffet Ramadan adalah RM68 untuk dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak termasuk GST dan setiap RM1 daripada bayaran akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim,” katanya. Selepas selesai berbuka puasa, pengunjung juga disediakan kemudahan surau yang luas untuk menunaikan solat tarawih yang diimamkan oleh imam muda dari Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari, Tok Bali, Kelantan. Selain itu, tambah Engku Morris, TH Hotel turut membuat promosi harga bilik bersempena bulan Ramadan kepada pengunjung. “Pengunjung yang ingin menginap di sini, harga promosi bermula RM160 tanpa sahur disajika...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Itulah tajuk ceramah semalam di Masjid Putera Jaya, Setiu, Terengganu yang telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Kuantan, Dr Mahmud Bin Mat. Program tersebut adalah anjuran Pejabat Daerah Setiu dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Putera Jaya Setiu. Di antara saranan penceramah dalam menantikan kedatangan bulan Ramadhan adalah: hendaklah kita menyambutnya seumpama kita menunggu kekasih yang amat kita sayangi, seperti seorang isteri yang menunggu kepulangan suami yang lama di perantauan. Buatlah persediaan yang terbaik untk menyambut suami seperti tukar cadar baru, masakan yang sedap-sedap dan sebagainya. Begitulah perumpamaannya. hendaklah kita meningkatkan tahap keimanan dan penyucian jiwa bagi menyambut kedatangan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan sunat, sentiasa memohon taubat, bermaaf-maafan. Kata orang kita membina stamina dan latihan untuk bertanding di Olimpik Ramadhan Hanya Allah SWT  yang akan membalas pahala orang berpuasa sebab puasa ini a...

Pengunjung blog