Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Itulah tajuk ceramah semalam di Masjid Putera Jaya, Setiu, Terengganu yang telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Kuantan, Dr Mahmud Bin Mat.

Program tersebut adalah anjuran Pejabat Daerah Setiu dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Putera Jaya Setiu.

Di antara saranan penceramah dalam menantikan kedatangan bulan Ramadhan adalah:
  • hendaklah kita menyambutnya seumpama kita menunggu kekasih yang amat kita sayangi, seperti seorang isteri yang menunggu kepulangan suami yang lama di perantauan. Buatlah persediaan yang terbaik untk menyambut suami seperti tukar cadar baru, masakan yang sedap-sedap dan sebagainya. Begitulah perumpamaannya.
  • hendaklah kita meningkatkan tahap keimanan dan penyucian jiwa bagi menyambut kedatangan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan sunat, sentiasa memohon taubat, bermaaf-maafan. Kata orang kita membina stamina dan latihan untuk bertanding di Olimpik Ramadhan
  • Hanya Allah SWT  yang akan membalas pahala orang berpuasa sebab puasa ini adalah dari hati dan roh. Malaikat hanya mencatat perlakuan fizikal. Apa yang ada di hati, niat kita akan diberi ganjaran oleh Allah swt sendiri
  • Bagi isteri hendaklah mencari redha suami supaya amalan diterima Allah swt dan membuka pintu dan jalan ke syurga.
  • Banyakkah bersedeqah dan jariah kerana ganjarannya amat besar kerana ianya di bulan Ramadhan dan amat besar pahala memberi jariah dan makan kepada orang yang berpuasa dan cuma dingatkan bagi isteri hendaklah meminta izin suami untuk bersedeqah dibimbangi kesilapan boleh mengundang dosa.
Masih ada masa untuk kita membuat persiapan untuk menyambut dengan kedatangan Ramadhan, rebutlah peluang ini supaya proses penyucian jiwa dan roh akan memberikan kita ketenangan dan mendekatkan lagi kita kepada Allah swt. Ramadhan adalah proses kita bagi melangkah ke tahu seterusnya dengan akhlak yang mulia serta jiwa yang bersih.

Majlis tersebut juga telah dirai dengan Nasi Gulai Kawah dengan ditumbangkan lembu seekor. Alhamdulillah sambutannya cukup meriah. Semoga sokongan kita dalam mengimarahkan masjid akan diberi ganjaran setimpal oleh Allah swt.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog