Posts

Showing posts with the label kedai lejeng

Roti Payang Nurul Islamiah, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, kedai lejeng ni

Image
Menu petang ni port lepak petang petang kosong hari ni, pakat balik awal belake. Puasang ni kita gi cari Roti Payang lejeng di Jalan Kamarudin iaitu Restoran Nurul Islamiah. Ambe kecik kecik ye jual dah. Kita tua nak masuk 5 siries ia masih teguh bertahan. Roti payang kuah daging cincang dok pun kari kambing atau ayam. Mang sedap dan lejeng. Dan ambe perati pelanggan utama dia set otai otai belake yang menjadi pelanggan setia sejak dulu. Dulu tak banyak kedai jual roti payang. Leni banyak dah pilihan seperti dekat Bsn, kuala ibai, batu 6, kat Ali spice dan banyak lagi. Tapi kedai lejeng tetap dalam kelasnya tersendiri. Ia penuh nostalgia dan memori yang membuatkan kita rasa seronok dan kembali ke zaman silam.dan kecil. Selain roti payang, Nasi beriani dia juga lejeng dan payah nak cari hok pesen serupa dia.Le ni macam macam pesen nasi beriani. Ambe pun lama dah dok makan nasi beriani dia. Lokasi dia berhadapan dengan showroom Cherry jalan kamarudin. Kedai bira jalan. Boleh google atau...

TERJAH BESUT: Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan, Kg Padang Landak Jerteh, memang lejeng

Image
  Terjah Besut Nasi Berlauk Kg Padang Landak, Jerteh, Terengganu adalah destinasi makan pagi klasik dan lejeng di Besut, Terengganu. Memang sedap gulai ikan aya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan ramai buat warga Jerteh dan Besut. Warungnya kecil sahaja di tepi jalan, tapi sentiasa mendapat tumpuan ramai. Ada 2 menu tumpuan di sini iaitu Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam. Cuma Gulai ayam tak sempat cuba kerana dah habis, nanti mungkin lain masa kita akan mencubanya. Selain itu pulut nissang gaul nyiur juga sedap macam masakan orang tua. Juga ada menu lain seperti nasi dagang, mee hoon , ayam kampung goreng dan banyak lagi serta pelbagai kuih muih. Kedai yang terletak ditepi jalan sebelah kiri menghala ke Pasir Puteh ini memang menjadi lokasi makan pagi popular di sini. Selepas makan di kedai, ambe bungkus gulai ikan dan sambal belacan bawa balik untuk makan tengahari dirumah. Puashati. Dan ia juga tahan lama malah boleh dimakan sampai ke malam. Untuk ke lokasi boleh Google Kedai Mak...

Pengunjung blog