TERJAH BESUT: Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan, Kg Padang Landak Jerteh, memang lejeng

 


Terjah Besut
Nasi Berlauk Kg Padang Landak, Jerteh, Terengganu adalah destinasi makan pagi klasik dan lejeng di Besut, Terengganu.

Memang sedap gulai ikan aya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan ramai buat warga Jerteh dan Besut. Warungnya kecil sahaja di tepi jalan, tapi sentiasa mendapat tumpuan ramai.
Ada 2 menu tumpuan di sini iaitu Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam. Cuma Gulai ayam tak sempat cuba kerana dah habis, nanti mungkin lain masa kita akan mencubanya.
Selain itu pulut nissang gaul nyiur juga sedap macam masakan orang tua. Juga ada menu lain seperti nasi dagang, mee hoon , ayam kampung goreng dan banyak lagi serta pelbagai kuih muih.
Kedai yang terletak ditepi jalan sebelah kiri menghala ke Pasir Puteh ini memang menjadi lokasi makan pagi popular di sini.
Selepas makan di kedai, ambe bungkus gulai ikan dan sambal belacan bawa balik untuk makan tengahari dirumah. Puashati. Dan ia juga tahan lama malah boleh dimakan sampai ke malam.
Untuk ke lokasi boleh Google Kedai Makan Pagi Tok Wan

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog