Posts

Showing posts with the label kemalangan maut

Penunggang motor putus pinggang di Rhu Sepuluh dalam kemalangan maut

Petang semalam, berjalan sambil bersiar-siar bersama keluarga di Pantai Peranginan Rhu 10. Kelihatan ramai sekali keluarga bersama anak-anak bermain di taman permainan di sini. Hampir jam 7.00 petang terdengar di telinga dari mulut sipenjual di sini mengatakan ada kemalangan yang melibatkan motosikal dan van telah terjadi berhampiran Kem Bari. Untuk memuaskan hati, blogger bersama-sama anak-anak meninjau ke kawasan kemalangan dan memang pasti kemalangan baru terjadi di mana terdapat sekujur tubuh telah terbaring di jalan raya dengan dilitupi dengan kertas surat khabar. Khabarnya mayat penunggang motosikal putus di pinggang. Tidak jauh daripada tempat kejadian terdapat sebuah van putih usang yang dikatakan terlibat sama dalam kemalangan. Melihatkan keadaan van, blogger membuat kesimpulan, yang memandu laju adalah motor. Ini kerana kawasan berkenaan pada setiap petang hujung minggu terkenal menjadi tempat berkumpul anak-anak muda menunjukkan aksi berani memandu secara berbahaya. Pen...

Pengunjung blog