Penunggang motor putus pinggang di Rhu Sepuluh dalam kemalangan maut

Petang semalam, berjalan sambil bersiar-siar bersama keluarga di Pantai Peranginan Rhu 10. Kelihatan ramai sekali keluarga bersama anak-anak bermain di taman permainan di sini.

Hampir jam 7.00 petang terdengar di telinga dari mulut sipenjual di sini mengatakan ada kemalangan yang melibatkan motosikal dan van telah terjadi berhampiran Kem Bari.

Untuk memuaskan hati, blogger bersama-sama anak-anak meninjau ke kawasan kemalangan dan memang pasti kemalangan baru terjadi di mana terdapat sekujur tubuh telah terbaring di jalan raya dengan dilitupi dengan kertas surat khabar.

Khabarnya mayat penunggang motosikal putus di pinggang. Tidak jauh daripada tempat kejadian terdapat sebuah van putih usang yang dikatakan terlibat sama dalam kemalangan.

Melihatkan keadaan van, blogger membuat kesimpulan, yang memandu laju adalah motor. Ini kerana kawasan berkenaan pada setiap petang hujung minggu terkenal menjadi tempat berkumpul anak-anak muda menunjukkan aksi berani memandu secara berbahaya.

Penunggang motor adalah melibatkan anak tempatan. Blogger amat mengharapkan agar penunggang lain yang ada bersama semasa kejadian dapat merenung dan insaf supaya tidak memastikan diri mereka juga berakhir di jalanraya dengan keadaan yang tragis.

Penunggang-penunggang ini ingin menunjukkan kehebatan mereka memandu dengan aksi berani dan ekstrem tetapi mereka lupa bahawa jalanraya itu bukan milik mutlak mereka. Orang lain pun berhak menggunakan sama. Lebih-lebih lagi kawasan pantai Rhu 10 sememangnya menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu yang turut terkenal dengan ICT iaitu ikan celup tepung, sotong celup tepung dan sebagainya.

Sepatutnya kita menunjukkan budi bicara yang berhemah supaya orang terus datang ke pantai ini dan rezekinya akan melimpah ke massyarakat di sini.

Sama-sama kita ambil pengiktibaran dari peristiwa ini dan blogger amat berharap agar pihak berwajib meningkatkan lagi pemantauan gejala tidak sihat terutama pada hujung minggu.

budakkg setiu- 9 April 2011

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog