Posts

Showing posts with the label kerajaan Malaysia

Penjawat awam terima bonus RM1000 esok

Image
PUTRAJAYA - Berita baik buat 1.6 juta penjawat awam yang bakal menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 esok dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018. Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, perkara tersebut adalah selaras dengan pengumuman dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500 dan bayaran itu akan disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri. Katanya, secara keseluruhan sebanyak tujuh pekeliling perkhidmatan dan satu surat pekeliling perkhidmatan baharu dikeluarkan berkuat kuasa 1 Januari lalu sebagai maklumat dan rujukan penjawat awam pada tahun ini. "Pekeliling itu merupakan makluman dan rujukan mengenai inisiatif dan penambahbaikan yang diumumkan dalam Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu dan antaranya iala...

Bilik hotel bakal lebih mahal dengan 'cukai pelancongan'

Image
"Cukai Pelancongan" yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel. Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai. Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus. Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan. Kadar cukai itu adalah seperti berikut: 1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam 2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam 3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam 4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam 5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi se...

Pengunjung blog