iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 7 June 2017

Bilik hotel bakal lebih mahal dengan 'cukai pelancongan'



"Cukai Pelancongan" yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.
Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.
Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.
Kadar cukai itu adalah seperti berikut:
1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan.
Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.
Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.
@Malaysia kini


Admin: Dengan bertambahnya satu lagi cukai oleh Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu 'Cukai Pelancongan atau Tourism Tax' selain GST maka harga bilik penginapan akan meningkat lagi. Ini belum termasuk 'Cukai Pelancongan ' yang dikenakan oleh sesetengah negeri seperti Melaka, Langkawi , Kelantan dan Terengganu (masih dalam peringkat cadangan) akan membebankan lagi harga kepada pengguna mahupun pelancong.

 Ini tidak termasuk 'caj perkhidmatan 10% ' bagi sesetengah premis.Dengan kata lain, bagi setiap bilik yang berharga RM100 semalam, anda perlu membayar Rm6 untuk GST, RM10 untu cukai perkhidmatan , RM3 hingga RM5 untuk cukai pelancongan negeri dan RM2.50 hingga RM20 bagi Cukai Pelancongan Malaysia. 

Dengan suasana ekonomi yang suram tentunya ia amat memenatkan bagi pengusaha hotel terutama hotel-hotel bajet di seluruh negara. Ia sesuatu yang amat membimbangkan bagi industri pelancongan negara.

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog