Posts

Showing posts with the label kg guntung luar

Arnab Panggang kian popular dan perlu ditempah awal selepas 'VIRAL'di media dan TV di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu

Image
Inilah arnab panggang yang viral semalaysia di bazar ramadhan kg guntung setiu terengganu sehingga kehabisan stok jualan Memang sedap daging arnab berjus dan tidak berlemak seakan ayam kampung. Rasa berjus dan tidak berlemak. Patutlah ia menjadi kegilaan baru orang Terengganu.   Kalau ikut kata penjualnya, Mohd Ebbie Shafiran,  agak sukar untuk mendapatkan bekalan  arnab, kerana kebanyakan arnab dipelihara untuk haiwan peliharaan dan bukan untuk daging. Jadi bilangan arnab adalah terhad.  Selepas ini mungkin akan ada perternak arnab baru yang lebih fokus kepada pengeluaran arnab untuk makanan dan daging. Kehangatan arnab panggang ini juga telah mendapat liputan media yang meluas termasuk disiarkan di Berita TV9 sebagaimana video berikut: #setiupost   #terengganumyheritage   #visitbeautifulterengganu2 017

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik kini menjadi ikon sarapan pagi Setiu di Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu... pakat mari rasa

Image
Nasi Gulai Itik dan Gulai ayam kampung Jelira Rasa di Kg Guntung Luar sudah menjadi salah satu ikon sarapan pagi daerah Setiu. Setiap kali menerima tetamu dari luar Terengganu, ia menjadi pilihan untuk tetamu menjamu selera dan menikmati keenakan masakan Terengganu. Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam jampung goreng, itulah menu utama di kedai ini yang sentiasa penuh menerima pelanggan setiap hari. Ia dihidang bersama samada nasi putih atau nasi dagang. Ia dibuka setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari kecuali hari Sabtu (rehat) Terletak tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat Kg Guntung Luar dan di sebelah kanan anda jika dari Bandar Permaisuri dan Kuala Terengganu dan di sebelah kiri jika anda dari Bandar Jerteh. #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Sekitar Kemeriahan Pesta Wau Mukim Guntong, Setiu.

Image
SERAMAI kira-kira 200 peserta dari 13 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung  (JKKK) Mukim Guntung bertanding bagi memeriahkan lagi Pesta Wau Mukim Guntong 2014 yang diadakan di Padang Bola Kampung Guntong Dalam, Setiu, hari ini. Program yang bertujuan untuk menyuburkan warisan di kalangan masyarakat khususnya generasi baru yang masih terpinggir itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pagawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat mewakili Dato' Mohd Jidin Shafee, Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri. Penghulu Mukim itu, Mohd Apandi Husain, berkata, sambutan peserta terhadap pertandingan wau itu amat mengalakkan walaupun ia adalah kali pertama diadakan bagi peringkat Mukim Guntung. Peserta dan penyokong melihat pengadilan dilakukan. "Penyertaan orang ramai amat mengalakan dan sebanyak kira-kira 200 wau menyertai pertandingan dalam semua kategori kali ini. 'Ini memberi semangat pada kami untuk terus menganjurkan pesta ini pada tahun-tahun akan datang dan ianya diharapkan ...

Banjir Luarbiasa di Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu

Image
1 Januari 2012 Ahmad Sanusi Banjir Luar Biasa Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu Setiu. Hujan lebat yang turun sejak petang semalam telah mengakibatkan berlakunya banjir yang luar biasa di Kg Guntung Luar dan kawasan kampung sekitarnya. Limpahan air Sungai Guntung mengakibatkan seluruh kawasan dan jalanraya telah dilimpahi sejak semalam hingga ke pagi ini. Para penduduk di sini tidak menyangka sama sekali hujan lebat kali ini telah mengakibatkan rumah mereka telah dinaiki air memandang sepanjang 10 tahun yang lalu tidak pernah berlaku limpahan air sebegini. 30cm hingga 50cm. Jalan bagi laluan ke Guntung Dalam - Kg Saujana ditutup kepada kenderaan ringan. Fenomena ini agak luar biasa dengan berlaku limpahan air yang yang mendadak memandang hujan baru turun semalaman. Walaubagaimanapun jalan utama Bandar Permaisuri- Jerteh masih boleh dilalui seperti biasa.

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Image
Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar. Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng... Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi. Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional. Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung. Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah.... Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari...

Pengunjung blog