Aura Alam Semulajadi di Lake Kenyir Resort & Spa
Terdapat banyak sebab mengapa Tasik Kenyir sering menjadi perhatian pengunjung samada dalam mahupun luar negeri Terengganu. Salah satu daripadanya ialah ia bagaikan syurga kaki pancing serta suasana penginapan alam semulajadi yang menarik iaitu di Lake Kenyir Resort & Spa. Terletak dalam kawasan seluas 6 ekar, resort ini menyediakan sejumlah 148 buah chalet yang selesa untuk pilihan anda. Terdapat 4 jenis bilik yang ada di resort ini iaitu Superior, Deluxe , Executive dan Kenyir Suite. Salah satu keunikan resort ini terletak pada senibinanya di mana binaan bangunannya adalah daripada kayu cengal serta rekaan keseluruhan yang bercirikan budaya masyarakat Terengganu. Lokasi resort adalah dikelilingi dengan kawasan hutan dan taman landskap yang indah dan hampir kesemua chalet di sini menghadap keindahan Tasik Kenyir. Di samping kemudahan asas seperti restoran dan kolam renang, resort ini turut menyediakan sebuah spa untuk anda mengembalikan kesegaran tubuh anda setelah penat bekerja....